agendodaily - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman Malaysia Today ,Raja Petra dalam akuan bersumpahnya bahawa isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ada dilokasi pembunuhan Altantuya tidak betul.Menjawab soalan dalam sidang akhbar lepas satu mesyuarat di bangunan Parlimen petang Selasa Abdullah juga kata beliau tidak percaya Datuk Seri Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu.Perdana Menteri juga sahkan Peguam Negara sedang siasat surat akuan bersumpah Raja Petra itu yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu lalu.Perdana Menteri juga nafi beliau ada terima laporan risik pihak tentera yang dakwa ada bukti Rosmah ada di lokasi pembunuhan Altantuya seperti didakwa dalam akuan bersumpah Raja Petra itu.Surat akuan bersumpah berkenaan tersebar luas dalam internet.Ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang sendiri cuba kemukakan usul agar ia dibincang di sidang Dewan Rakyat tetapi ditolak.
Rujuk cerita awal - Rosmah at murder scene
Jun 24, 2008
Raja Petra: Kenyataan dari Dollah
Labels: Belit Najib, Raja Petra, Rosmah Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment