Bersumpah tidak cukup untuk melepaskan diri dari tuduhan fitnah. Tu sebab akhir zaman nanti, Allah swt tak bagi manusia bercakap .... tapi anggota badan yang mengaku sendiri merujuk kepada rekod yang ditulis oleh Rakib dan Atid. Manusia mungkin memutarbelitkan fakta untuk menyelamatkan diri.
Dunia ... masih memerlukan penghakiman, bukti dan saksi. Kenyataan sumpah yang dibuat di kritik oleh ahli ahli agama, TG haji Hadi, Ustaz Haron Din dan TG Nik Aziz sendiri. Dan hari ini ..... Persatuan Peguam Syarie Malaysia mengeluarkan kenyataan,
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang.Tentu ada antara kita yang seperti tidak percaya kesanggupan seorang Islam mengangkat sumpah dan meminta diri serta keturunan nya untuk di laknat Allah swt.
Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah.
Mohd Saiful membuat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan kelmarin dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya secara paksa. - Bernama
Tapi apa pilihan yang Saiful ada kecuali .... terpaksa berbuat demikian kerana masa depannya bergantung kepada kerajaan yang ada.
Bayangkan kerajaan bertukar ..... apa akan jadi pada Saiful dan mungkin kah gambaran buruk masa depannya sudah di sebut sebut setiap hari ke telinga nya sehingga dia sanggup bersumpah tapi bercelaru.
0 comments:
Post a Comment