KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 4, 2008

4 saat, 350 kali caj?


ZAINAL ABIDIN menunjukkan senarai bil telefon bimbitnya menerusi rekod yang disimpan dalam komputer di Kuantan semalam.


Kosmo
KUANTAN - Dalam tempoh empat saat sahaja, 350 kali caj dikenakan.

Penyata dalam bil terperinci telefon bimbit sedemikian menyebabkan seorang peniaga, Zainal Abidin Shamsudin, 47, gelabah tidak tentu pasal kerana menanggung tunggakan bil sebanyak RM4,402.61.

Menurutnya, bil tersebut tidak masuk akal kerana dalam tempoh sesingkat empat saat, sebanyak 350 caj dikenakan antara 30 sen hingga RM10.10 dan dalam setiap saat caj dikenakan berpuluh-puluh kali.

"Biasanya saya dikenakan caj RM70 hingga RM130 sebulan sebelum kejadian ini,'' katanya kepada Kosmo! selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuantan semalam.

Beliau berkata, masalah tersebut telah dirujuk kepada pejabat syarikat telekomunikasi itu bagi wilayah Timur tetapi sehingga kini tiada penyelesaian, malah tunggakan terus dimasukkan dalam bilnya sejak empat bulan lalu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive