Laungan 'ustaz sepak tong mai lagi' bergema di Permatang Pauh
Mohd Sabri Said
harakahdaily.net
PERMATANG PAUH, 25 Feb (Hrkh) - "Ustaz sepak tong mai lagi," itulah laung yang paling menarik kedengaran ketika penamaan calon di Parlimen Permatang Pauh yang diadakan di Maktab Perguruan Tungku Bainun, Bukit Mertajam semalam.
Semalam orang ramai berpusu datang memberikan sokongan pada Barisan Alternatif (BA) dengan memenuhi ruang padang yang menempatkan pembangkang manakala sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) nyata jelas kurang memberangsangkan apabila hanya sekitar 2,000 orang sahaja berbanding BA sehingga mencecah hampir 8,000 orang.
Bendera hijau putih bulan pernama dan biru muda berlambangkan mata kelihatan tegak mengibar berbanding bendera kati atau keris lebih sugul dan layu bagaikan sudah tergambar kekalahan.
Suara laungan Allahuakbar, reformasi, selawat Nabi, jatuhkan BN, dan sebagainya mengatasi nyanyian lagu Umno, lagu tema hari kebangsaan, hidup BN, Umno serta melayu mahupun sesekali terdengar pekikan Allahuakbar di celah-celah kumpulan berbaju putih berkain dan bertudung merah terang.
Namun apa pun, pekikan 'kami tak mahu Ustaz sepak tong' begitu menarik perhatian sekali kerana ia dilagukan dengan seorang tok dalang.
Omar Khalid, 47, berkata, kali ini pertandingan pasti sengit kerana BN mahukan kemenangan dan tidak mustahil mereka mempergunakan berbagai cara untuk menang.
Ujarnya, namun begitu BN dan Umno kena bekerja keras kerana sokongan pada BA sukar digugat tambahan lagi kemunculan semula Dato' Seri Anwar sendiri.
"Saya kira ia satu fenomena biasa ketika hari penamaan calon. Apa yang penting ia satu perbuatan yang kurang sopan kepada seseorang yang bergelar 'Ustaz' dan pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara, " ujarnya.
Nurul Fatihah Kamaruddin, 27, pula berpendapat, penyertaan Dato' Pirdaus Ismail menentang penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh sekarang merupakan satu perbuatan untuk membalas dendam walaupun tahu ia satu perkara yang sukar.
Pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 8 Mac nanti menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parti KeAdiLan Rakyat Malaysia (KeADILan), PAS dan BN.
Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dua Dun milik KeADILan iaitu Seberang Jaya berlaku pertandingan antara Ramli Bulat menentang penyandangnya, Arif Shah Omar Shah. Di Penanti pula muka baru KeAdiLan, Mohamad Fairuz Khairudin menentang Dato' Jalil Abdul Majid manakala Dun Permatang Pasir, Mohd Hamdan ditentang oleh orang baru calon BN, Sahar Shuib. - mks.
ELOK LA...
17 minutes ago
0 comments:
Post a Comment