Berikut ialah kerusi yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum 8 Mac ini:
1. KEPALA BATAS: Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ditentang calon bebas, Subri Mohd Arshad daripada PAS. Abdullah ialah penyandang kerusi itu sejak 1978.
2. PEKAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, penyandang kerusi berkenaan sejak pilihan raya kecil pada 1976, ditentang calon Parti Keadilan Rakyat, Khairul Anuar Ahmad Zainudin.
3. KULAI: Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, yang bertukar kawasan dari Tanjong Piai. Beliau dicabar wakil DAP, Ng Papk Siong.
4. SUNGAI SIPUT: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, bertanding bagi penggal kesembilan dan merupakan anggota parlimen paling lama berkhidmat. Beliau kali ketiga ditentang wakil Parti Sosialis Malaysia, Dr D. Jeyakumar, yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), serta calon bebas, Nor Rizan Oon.
5. PERMATANG PAUH: Setelah tewas dengan majoriti tipis 590 pada 2004, bekas Imam Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail, mencuba sekali lagi merampas kerusi ini daripada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
6. LEMBAH PANTAI: Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlibat dalam pertandingan tiga penjuru, melibatkan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan calon bebas, N.Periasamy.
7. REMBAU: Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, pertama kali bertanding pada pilihan raya, menentang calon PKR, Badrul Hisham Shaharin.
8. KOTA ALAM SHAH (Kerusi Negeri-Selangor): wakil DAP, M. Manoharan, yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pembabitannya dalam Hindraf, sebuah badan tidak berdaftar, menentang penyandang dari BN, Ching Su Chen.
9. JERLUN: Datuk Mukhriz Mahathir, anak lelaki ketiga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bertanding pertama kali pada pilihan raya, menentang calon PAS, Idris Ahmad.
10. BATU KAWAN: Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang akan melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, berhadapan halangan pertama untuk merebut jawatan pusat, apabila ditentang bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr P. Ramasamy.
11. IPOH TIMOR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempertahankan kerusi itu, ditentang oleh calon BN, Liew Mun Hon.
12. BATU: Lim Si Pin, anak lelaki bekas presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, mengikut jejak langkah bapanya dalam politik, ditentang oleh wakil PKR, Tian Chua.
13. BATU GAJAH: Penyandang Fong Po Kuan daripada DAP, yang menarik balik keputusan untuk tidak bertanding lima hari selepas mengumumkan keputusan itu, berhadapan dengan calon BN, Cheah Yoke Can.
14. KUALA TERENGGANU: Maimun Yusof ialah calon tertua yang bertanding pada pilihan raya kali ini sebagai calon bebas. Wanita berusia 89 tahun itu akan berhadapan dengan wakil BN, Datuk Razali Ismail dan naib presiden PAS, Mohamad Sabu.
15. MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tewas kerusi itu pada 2004, bertanding semula menentang calon BN, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
16. KOTA SAMARAHAN: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib menggantikan bapanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, penyandang sejak 1970. Sulaiman menentang Hussain Abang Apok daripada PKR dan calon bebas, Awang Bakar Awang Daud.
Feb 25, 2008
SENARAI KERUSI "MEMBARA"
Labels: PRU 12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment