[gambar samseng IJOK 2007]
Jika anda bersama sama berkempen di Ijok tahun lepas, pasti dapat menyaksikan betapa keganasan puak UMNO berdepan dengan pembangkang. Di sebabkan ketika itu terlalu ramai penyokong dan terlalu banyak dana yang melimpah, maka UMNO berubah dari manusia kepada haiwan.
Jalan di halang, penyokong Pakatan Rakyat di ugut malah .... ada yang di belasah. Banyak kenderaan turut menjadi korban. Dr Hatta turut menjadi mangsa dan banyak kampung yang disekat untuk di lalui. Dengan alasan, kampung itu milik UMNO. Jika anda masih ingat ......
Memandangkan Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR, maka UMNO bimbang berlaku perkara sebaliknya. Kerana itu maka, ada jentera puteri dan pemuda UMNO yang terpaksa bertukar baju dan lambang, demi untuk sampai ke Permatang Pauh dengan selamat.
Apa yang UMNO takut adalah bayang bayang keganasan mereka sendiri. Kalau lah guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari. Lebih baik jangan gi sekolah kalau takut kencing.
Rujuk berita ini.
Petugas jentera Pergerakan Pemuda Umno yang melakukan kerja memasang poster dan bendera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh terpaksa berdepan dengan risiko berikutan tindakan agresif penyokong parti lawan.
Antara cabaran yang terpaksa dilalui termasuk bendera dan poster yang sudah dipasang diturunkan serta dihalau.
Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Azmi Md Iman, berkata bagaimanapun petugas Pemuda diingatkan supaya tidak melayan kerenah parti lawan dan sentiasa menjaga tingkah laku. - Hmetro
0 comments:
Post a Comment