matsamankati - [..] Setiap petang Jumaat (Khamis petang), sebelum maghrib, kerja aku buat perasap, kemudian tabur kemenyan, bawak keliling rumah. Selesai, kena pam lampu gasoline, isi minyak tanah dalam pelita. Lampu gasoline letak kat anjung, lampu pelita letak kat dapur. Lepas maghrib, makan. Lepas Isya, tidur. Malam Jumaat budak-budak tak boleh tidur lewat, sebab banyak hantu, langsuyor dan pelesit. Keesokan paginya, subuh-subuh lagi kena bangkit, terjun sungai Batang Padang. Mak aku pun akan mandi juga, basuh rambut sempena pagi Jumaat.
Tapi sekarang dah lain. Malam Jumaat adalah malam sunat. Kat padang ada Forum Perdana. Kat Masjid ada pengajian. Kat surau ada majlis ilmu. Kat markas ada ceramah. Anak-anak kat rumah main video game.
Tak pergi Forum Perdana, rugi. Bukan senang nak tengok Ustazah Bahyah, Dr. Mashitah, Kpt. Najmudin. Kalau nak panggil depa mai surau, tak pulang modal. Mana nak cari empat lima ribu nak bayar kat depa?
Tak pergi masjid, nanti orang kampung kata kita tak tau bermasyarakat. Tapi nak pi dengar Ustaz tak dak gigi baca hadis, lagi mengantuk. Nak balik kerumah pun, anak tak tidur lagi.
Tak pergi ceramah, nanti depa kata kita sokong Ameno. Kalau pi, sat ni depa bawa punjut kain warna hijau, tak kan tak mau huloq seringit dua.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment