KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 3, 2008

Khairy tuduh pembangkang fitnah? Betul pe

rembau nomination khairy 240208 khairy'Saya tidak boleh biarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu daripada berleluasa kerana ini perkara serius. Kalau menyerang peribadi saya berkaitan perkara lain, tak apalah.

''Tetapi apabila mereka menyerang peribadi saya dengan mengatakan saya menghina kaum lain atau kaum India, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang," ugutnya di hadapan pemberita selepas majlis bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Rantau dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rantau serta kira-kira 1,000 pengundi yang majoritinya kaum India.

Kelmarin, sebuah akhbar memetik Gobind yang juga anak tokoh pembangkang, Karpal Singh sebagai mendakwa Khairy pernah mengecam kumpulan penyokong Hindraf.

Tuduhan itu dilemparkan ketika beliau berceramah untuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Brickfields, Kuala Lumpur.

Malah, Gobind turut menyatakan bahawa Khairy sebagai dalang yang mentadbir negara ini kerana status beliau sebagai menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau cuba menyatakan bahawa pembangkang telah tersilap tafsir ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu dan perkara itu telah mereka edarkan dalam bentuk cakera padat video (VCD).

''Apa yang saya sentuh ialah perhimpunan Bersih, bukan kritikan terhadap perhimpunan masyarakat India. Apabila mereka telah memberi gambaran yang salah seolah-olah saya menghina kaum India, ia satu fitnah yang cukup besar," katanya.

Khairy menjelaskan kononnya masyarakat India telah menyatakan sokongan terhadap pencalonannya di Parlimen Rembau, malahan akan mengundi BN pada pilihan raya 8 Mac ini.

''Saya beritahu mereka bahawa saya akan menjadi wakil rakyat untuk semua kaum, Melayu, India dan Cina. Kita perlu bersama-sama membantu membangunkan Malaysia," kata Khairy dengan angkuh.

Itu lah menantu Perdana Menteri, Khairy Abdullah Badawi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive