KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 3, 2008

JJ TAWAR RM200,000 PADA CALUN PAS


Azamin Amin
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Pelbagai taktik dan helah digunakan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dan terkini usaha 'membeli' calon lawan telah berjaya dikesan.

Mendedahkan hal ini, baru-baru ini calon PAS bagi Parlimen Rompin (PO91) Mazlan Mohamed Yasin mengakui telah ditawarkan dengan jumlah wang yang banyak untuk beliau berundur diri daripada bertanding.

"Tawaran terakhir ialah RM200,000 untuk saya tarik daripada bertanding malah Dato' Seri Dr.Jamaluddin Jarjis juga ada menghubungi untuk bertemu namun saya tidak melayan sama sekali permintaannya," katanya ketika menghubungi Harakah baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak membuat sebarang tuduhan tidak berasas tetapi berdasarkan kepada apa yang disampaikan oleh 'orang kuat dan rapat' dengan Jamaluddin yang menawarkan jumlah wang tersebut.

"Saya tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan dan maruah semata-mata dengan tawaran wang tersebut dan sungguh memalukan BN terpaksa menggunakan taktik tidak beretika ini seolah-olah mereka begitu goyah dengan pengaruh PAS yang telah memberi kesan kepada rakyat,"jelasnya.

Mazlan juga memaklumkan insiden berunsur sabotaj yang disyaki dilakukan oleh BN untuk menghalang beliau berceramah di Pulau Tioman.

Katanya, unsur 'khianat' itu dikesan apabila feri yang dinaiki beliau dan calon PAS Mohd Fadli Mohd Ramli di DUN Tioman beserta 14 yang lain tidak dapat membawa mereka ke pulau tersebut dengan alasan masalah teknikal dan syarikat feri memulangkan semula wang tiket yang telah dibeli.

"Kami dibiar selama dua jam dalam feri yang tidak bergerak di Jeti Tanjung Gemuk. Bila ditanya mereka kata masalah teknikal dan menyuruh kami ambil balik wang," katanya yang kemudiannya terpaksa bergegas ke jeti Mersing untuk ke pulau tersebut.


Beliau mengesyaki syarikat feri itu telah mendapat arahan pihak tertentu untuk melambatkan dan membatalkan perjalanan rombongannya kerana di Pulau Tioman itu,Jamaluddin turut mempunyai program BN dan tidak mahu 'bertembung' dengannya termasuk cuba menghalangnya daripada bertemu rakyat

Bagaimanapun mereka berjaya juga ke pulau tersebut dengan menaiki feri di jeti yang berlainan di Mersing, katanya yang akan mengambil tindakan undang-undang jika terbukti pengusaha feri terbabit telah diugut oleh BN untuk memberi perkhidmatan kepada mereka.

"Atas segala insiden yang berlaku, saya mengajak Jamaluddin berdebat secara terbuka pada 6 Mac nanti supaya rakyat boleh menilai tawaran kedua-dua pihak di samping saya dan beliau boleh menjawab segala tuduhan dan dakwaan.

"Debat terbuka adalah lambang berani kerana benar dan takut kerana salah," katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rompin. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive