ANAK TEMPATAN MENIPU ORANG TEMPATAN
bujangkulub
BILA MAT SAIFUL MUSTAFA (MAT PON) KATA (ORANG LANGKAWI TOLAK DATUK MUKHRIZ), beliau bertindak biadap semata kerana tuannya YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib.
Sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, sebagai kontraktor kroni wakil rakyat Parlimen Langkawi, dia tidak segan silu BERBOHONG bagi menyelamat periuk nasinya. Orang ramai tahu dan ALLAH adalah saksi bahawa darah yang mengalir dalam tubuhnya serta gumpalan daging yang melekat pada badannya, kebanyakkannya terbina dari rezeki anak isteri kontraktor kelas F. Datuk Bakar ada saham besar dalam kerja rompakan ini.
Mengenai ASAL
Datuk Paduka Abu Bakar Taib sendiri membina kekuatan politik dengan mengguna wang rakyat dari peruntukan dana modal Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL) yang diselewengkan. Ini amat jijik lagi memalukan.
Kenyataan dikeluarkan oleh PKR menunjukkan kerugian terkumpul ASAL sehingga pada 31.12.2006 sebanyak RM 4,691,788.00 dan tanggungan semasa sebanyak RM 12,985,545.00, bukan modal politik tetapi kenyataan juru audit bertauliah yang perlu dipertanggungjawab dibahu Datuk Paduka Abu Bakar Taib.
Sehubungan Encik Sirat Sidek sebagai Pengurus Besar ASAL tidak mudah mencuci tangan tetapi tetap dianggap bersetongkol.
Demi mengelak rakyat terus diburu keresahan atau terus menerus dalam kerugian, perkara ini perlu segera diperjelas.
Seorang pekerja PKR telah menghubungi Encik Yahya Hashim bekas Pengurus Besar ASAL yang sekarang berada di Beijing, China. Beliau mengakui ada campur tangan politik dalam ASAL, keadaan ini menjadi penyebab dianya meletak jawatan kembali ke dunia korporat. Perkara ini dikuatkan dari maklumat diperolehi oleh seseorang dari Tan Sri Bashir Ismail di saat akhir hayatnya melahir dukacita kerana ASAL yang diterajuinya sukar diperkembang bilamana Datuk Paduka Abu Bakar Taib sering menggangu dan memperlihat kecendorongan mengguna ASAL untuk faedah diri khusus politiknya.
Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Encik Sirat Sidek, Encik Zainol Saidin, Encik Ibrahim TOT, Encik Saiful Mustafa (MAT PON) adalah jaguh-jaguh anak tempatan. Mereka merencana isu tempatan semata untuk menolak kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir ke Parlimen Langkawi. Mereka seperti menjadikan TANAH SEKEPAL TAIK MUSANG ini seperti harta warisan atau dalam bahasa mudahnya HARTA PUSAKA MAK BAPAK DEPA.
Kata Encik Sirat Sidek, (sampai bila kita hendak harap kepada orang luar) melalui mesyuarat terakhir Jawatankuasa Bahagian pada 12hb Feb 2008 telah mencalar hati banyak pihak golongan penjawat awam di Langkawi. Semangat khidmat mereka tiba-tiba jadi tumpul, kesannya memberi kerugian kepada negara.
Isu orang dalam dan orang luar ternyata mereka sendiri sangat jahil mengenai politik UMNO. Bagi UMNO tidak ada masaalah dari mana dan apakah warna kulit kalangan Melayu yang menawarkan diri jadi pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat.
Majoriti orang Langkawi terutama kalangan remaja, terpelajar, yang bergantung hidup kepada aktiviti pelancongan sangat bersetuju dengan kemasukkan anak mantan PM yang dikira dapat menerus agenda pembangunan Langkawi daripada seorang anak tempatan yang bisu dan di Parlimen sekadar memanas kerusi dan menunggu masa untuk bertepuk tangan sahaja.
Erti apakah anak tempatan kalau ianya jadi duri dalam daging lebih-lebih menjadi SERIGALA BERTOPENG RUSA yang hidupnya membaham rakan sebelantara, tidak mengenal darah daging keluarga sekampung dan sebangsa.
BUJANG KULUB.
Mar 3, 2008
ORANG UMNO TIPU ORANG KAMPUNG
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment