Penduduk kampung kecewa BN rampas tanah tanpa perundingan
Johari Jaffar
harakahdaily.
PARIT BUNTAR, 3 Mac (Hrkh) - Demi 'undi' untuk menjamin kemenangan BN di Parit Buntar khususnya, BN telah bertindak 'merampas' tanah penduduk Kampung Simpang Lima termasuk tanah pusaka milik turun temerun.
Ini terjadi kepada sembilan belas penduduk di Simpang Lima Parit Buntar yang 'dirampas' tanah milik mereka untuk tujuan pembinaan Hospitak baru Parit Buntar.
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak telah mengarahkan Pentadbir Tanah Keran melalui Prosiding Pengambilan No. 5/2008, Pemberitahu No. 157/ 31.1.2008 untuk bertindak segera mengambil tanah lot 1896, hak milik GM470.
Kerajaan BN telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (seksyen 10) untuk merampas berkenaan daripada tuan punya tanah tersebut.
Menurut jurucakap sembilan belas pemilik tanah itu, Talaha @ Talha Mohamud @Mahmud, beliau bersama lapan yang lain telah dipanggil untuk pergi Pejabat Tanah Daerah Kerian, Parit Buntar dan tuan tanah diminta membawa salinan kad pengenalan, salinan akaun bank atau akuan Tabung Haji untuk mendapat pampasan.
"Kami dipanggil pada 25 Februari, tetapi tanah kami telahpun 'dirampas' pada 22 Februari, kemudian kerajaan hendak bayar RM4.49 sekaki," ujar beliau.
Menurut beliau tanah tersebut milik sembilan belas penduduk telah dirampas dengan tidak ada sebarang rundingan sebelum ini dan tidak ada penetapan harga tanah tersebut.
"Tiba-tiba sahaja tanah kami dirampas, kami tidak mahu jual tanah ini, ini tanah pusaka kami, kerajaan ambillah tanah lain, tanah estet ke, kenapa mahu ambil tanah penduduk kampung, kerajaan boleh ambil tanah lain," katanya dengan nasa sedih.
"Sudahlah tanah kami dirampas, hendak dibayar ikut kehendak kerajaan, bukannya mengikut nilai yang kami mahukan, dengan pampasan RM20,000 apa yang kami boleh dapat, tanah dan rumah kami lesap dirampas BN, kami cukup sedih dan teraniaya," katanya.
ImageMenurut beliau, beliau bersama lapan belas tuan tanah yang lain tidak ada pilihan lain melainkan membina kain rentang dan berkumpul beramai-ramai menyatakan perasaan kecewa dengan tindak tanduk Kerajaan BN.
Sempena upacara pecah tanah tapak hospitak baru Parit Buntar pada 2 Mac lalu, sembilan tuan tanah tersebut telah mengadakan demontrasi aman di hadapan rumah Haji Talha, kira-kira lebih kurang 30 meter dari majlis pecah tanah tapak Hospital Parit Buntar.
Upacara pecah tanah bersebut telah dilakukan Menteri Besar Perak, Dato' Tajul Rosli Ghazali dan dihadiri oleh ketua-ketua jabatan khususnya daripada Jabaran Kesihatan Negeri Perak.
Tidak cukup dengan itu kakitangan kerajaan turut dikerah hadir sama termasuk kakitangan hospital-hospital kerajaan seluruh Negeri Perak.
Calon-calon BN dari kerusi Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai hadir sama.
Ketika Menteri Besar Perak berucap merasmikan majlis berkenaan, pada masa yang sama sembilan belas tuan tanah yang teraniaya itu telah merentangkan sepanduk di tepi jalan menyatakan rasa kecewa dengan tindakan BN.
Mereka menyifatkan tindakan BN itu sebagai zalim, untuk mendapat undi dan sokongan dari pengundi khususnya Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai, tanah milik penduduk kampung dirampas.
Orang ramai yang hadir pada majlis pecah tanah tersebut turut kecewa kerana program pecah tanah tersebut adalah prpgram kerajaan tetapi yang menghiasai di kiri dan kanan jalan adalah bendera BN dan yang kebanyakan yang hadirnya ahli-ahli dan penyokong-penyokong Umno.
"Ini program kerajaan ke program BN, saya lihat ini lebih kepada kempen BN," ujar seorang pengunjung yang hadir ke majlis tersebut. - mks.
Mar 3, 2008
AMBIL TANAH SATU SEN TAK BAYAR
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment