marhaen.org
Oleh Adil Malaysia
Arahan Keselamatan merupakan sebuah perintah yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam. Di dalam arahan ini terdapat empat buah dokumen terperingkat yang diklasifikasikan mengikut kerahsiaan kandungannya, yakni:-
1. Fail Rahsia Besar
2. Fail Rahsia
3. Fail Sulit
4. Fail Terhad
Fail Rahsia Besar
Fail ini mengandungi rahsia sulit yang hanya boleh diakses oleh jemaah Menteri sahaja. Kebiasaannya fail ini disimpan di dalam bilik kebal ataupun bilik berkunci tatakira yang dipalang besi. Warna kulit fail Rahsia Besar ialah 'Kuning Kecoklatan Dan Dipalang Dengan Warna Merah.'
Dokumen yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Besar termasuklah mesyuarat - mesyuarat keselamatan negara, strategi pertahanan negara, rundingan ekonomi, strategi kewangan dan pelbagai rahsia pentadbiran yang tidak boleh diketahui oleh sesiapa kecuali jemaah Menteri.
Masalahnya, di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi menantunya Khairy telah dinobatkan sebagai Prime Minister De Facto. Apakah 'orang luar' ini mempunyai akses terhadap Fail Rahsia Besar?
Dan apakah leftenan - leftenan Khairy di Tingkat 4 juga turut mempunyai maklumat sulit ini?
Amat berbahaya jika maklumat Rahsia Besar ini diketahui oleh pihak ketiga, dan lebih berbahaya andai kata maklumat tersebut jatuh ke tangan proksi kepada kuasa luar, seperti Singapura dan Israel.
Terdapat kemungkinan Khairy berupaya mengakses fail - fail ini kerana Abdullah Ahmad Badawi dilihat sangat lemah dan lembik, malah ada yang mendakwa pemerintahan Abdullah ini umpama pentadbiran yang dijalankan secara auto pilot.
Apakah Abdullah sedar Arahan Keselamatan telah menggariskan peraturan untuk perkongsian maklumat Rahsia Besar? Arahan tersebut menerangkan mengenai Prinsip 'Perlu Mengetahui', yakni ianya bermaksud hanya orang tertentu sahaja yang layak mengetahui sesebuah rahsia. Jika rahsia tersebut terlalu sulit, bermakna hanya jemaah menteri sahaja yang perlu mengetahui butir - butirnya.
Kita khuatir jika Abdullah tidak mengamalkan prinsip 'Perlu Mengetahui' ketika berkomunikasi dengan anak menantunya. Bimbang jika ada maklumat risikan sulit yang jatuh ke pengetahuan kaum kerabatnya.
Jikalau Khairy sudah membuktikan keperkasaannya di dalam kerajaan ketika hanya memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, bayangkan apa lagi yang mampu dilakukannya jika beliau menganggotai barisan jemaah menteri, posisi yang memberikannya lesen untuk mencengkam erat kuasa. Posisi di mana lebih banyak lagi Rahsia Besar bakal diketahuinya.
Jikalau Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau yang ditandinginya, maka selepas ini sudah tiada lagi ketumbukan yang mampu menyekat kemaraannya menuju ke persada kuasa. Khairy akan menjadi liar, ganas dan sukar dikawal. Ketika ini berlaku kita sudah terlambat untuk menghalangnya.
Khairy perlu disekat, gerombolannya perlu dijatuhkan, niat jahatnya perlu dimusnahkan. Hanya rakyat Rembau sahaja yang berupaya untuk memberikan pengajaran yang pedih buat Khairy.
Caranya mudah sahaja, undilah Parti Keadilan Rakyat, undilah calon anda Che'gu Bard.
Mar 3, 2008
Bahaya Mengundi Khairy Sebagai Proksi Negara Asing
Labels: Beruk Rembau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment