KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 3, 2008

200 MASUK UMNO ... SATU PENIPUAN

PAS Kubang Kerian nafi 200 penyokong sertai Umno
Lanjusoh
harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Mac (Hrkh) – PAS Kubang Kerian menafikan seramai 200 penyokongnya di Pasir Tumbuh menyertai Umno seperti dilaporkan akhbar hari ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, Abdul Salam Ismail yang dikatakan mengetuai penyokong PAS menyertai Umno tidak pernah dilantik sebagai Setiausaha Kerja PAS Kubang Kerian.

Sebaliknya orang terbabit hanya dilantik sebagai pembantu kepada Dato’ Husam Musa ketika menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian.

“Bagaimanapun Salam sudah lama berhenti berkhidmat sebagai pembantu kepada Husam kerana masalah membabitkan kewangan termasuk dana milik parti dan peruntukan anggota parlimen,” katanya ketika dihubungi di sini.


Menurutnya Salam sudah lama memberitahu penduduk kampung dia akan menyertai Umno kerana sudah terpinggir daripada PAS kerana masalah tersebut.

Kata beliau, selepas berhenti berkhidmat dengan Husam, Salam berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja dengan sebuah syarikat swasta.

“Orang kampung pun sudah lama tidak melihatnya dan dia baru kembali ke Kampung Tiong di Pasir Tumbuh.

"Mungkin disebabkan rasa terpinggir kerana tidak lagi didekati penduduk dia mengambil jalan untuk mempopularkan semula dirinya dengan mengisytihar menyertai Umno," katanya.

Oleh itu katanya, mungkin langkah mahu membersihkan namanya selepas terlibat dengan masalah kewangan dia cuba mendapat publisiti dengan menyerah borang menyertai Umno kepada Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak semalam.

Abdul Rahman berkata, berdasar kepada wajah-wajah yang tertera dalam gambar bersama Salam yang dikatakan menyertai Umno tidak pernah dikenali sebagai ahli PAS.

Jurucakap Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian pula berkata, Salam terpaksa meninggalkan kampung selepas ramai pihak datang meminta meminta hutang daripadanya.

“Malah Haji Husam sehingga sekarang terpaksa menjelaskan hutang yang dibuatnya. Ini benar-benar mencemarkan imej keluarganya sendiri dan penduduk kampung Tiong. Dan layak sekali dia menyertai Umno,” ujarnya. - mj

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive