sheikh-telukintan
Teman tak setuju seratus peratus , apabila Tok Guru Haji Hadi, Presiden Pas ajak bang dollah, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO untuk berdebat pada 5 Mac nanti.
Bukan maksud teman untuk mengatakan bahawa Tok Guru Haji Hadi tak mampu berdebat dengan bang dollah. Sesungguhnya Tok Guru Haji Hadi terlalu berkemampuan untuk berdepan dengan bang dollah pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat.
Sedikitpun teman tak meragui kepetahan Tok Guru Haji Hadi untuk berdebat dan menangkis hujah bodoh bang dollah yang terkenal dengan kebangangannya yang nyata itu.
Teman bayangkan Bang dollah pasti terkencing dalam seluar sekiranya dia berpura-pura berani untuk berdebat dengan Tok Guru Haji Hadi pada 5 Mac nanti.
Sebagai seorang warganegara Malaya yang prihatin, teman kesian dengan nasib bang dollah kalau debat yang dicadangkan itu tiba-tiba dipersetujui .Teman ada alasan untuk kesian pada bang dollah.
Katakan , bang dollah yang berpura-pura berani untuk berdebat , tiba-tiba diberitakan mengantung dirinya sendiri sebelum menaiki pentas untuk berdepan Tok Guru. Pada masa itu pasti teman akan sedih kerana Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO telah mengojolkan dirinya sendiri, iaitu satu perbuatan yang berat dosanya berdasarkan ajaran Islam yang tulin. Janganlah tanya teman , samada dalam agama Islam Hadhari, bunuh diri akan diberi pahala atau ianya juga merupakan satu dosa , kerana sesaatpun teman tak pernah menganut agama itu!
Oleh itu teman minta Tok Guru Haji Abdul Hadi jangan ajak bang dollah untuk berdebat. Teman tak malu untuk merayu dan terus merayu pada Tok Guru Haji Hadi!
Tolonglah wahai Tok Guru , kesian pada bang dollah yang daya tumpuannya,seperti kata matan PM Malaya, adalah singkat.
Tolonglah wahai Tok Guru, kesian pada bang dollah yang hanya seorang pakar bohong dan beliau sama sekali bukannya pendebat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tolonglah wahai Tok Guru ,kesian pada bang dollah kerana dia bukan sahaja tak pandai berdebat bahkan memberi ucapanpun hancus, sehancusnya.
Tolonglah wahai Tok Guru , kesian pada bang dollah kerana dia bukan sahaja tak mampu memberi ucapan yang baik dan menarik, bahkan dia tak tahu apa yang dia ucapkan.
Tolonglah wahai Tok Guru ,kesian pada bang dollah, dia bukan sahaja tak tahu apa yang dia sendiri ucapkan, bahkan dia boleh tertidur semasa dia sedang bercakap.
Buat sekian kalinya , teman meminta dan merayu pada Tok Guru Haji Hadi supaya kesianlah pada bang dollah yang hanya pakar dalam ruang yang ada had-had dan hari-hari tertentu khususnya dari sudut berbohong dan pakar segala pakar membina beribu koridor dalam mimpinya sewaktu tidur, tidak kira malam atau siang!
Sekiranya, Tok guru Haji Hadi bersetuju , izinkan anak lelaki bongsu teman yang akan genap berusia 12 tahun pada 11 hb September 2008 untuk berdebat dengan bang dollah pada 5 Mac nanti. Mungkin anak bongsu teman dan bang dollah mempunyai taraf daya fikir dan kepetahan yang agak seimbang.
Atau biarkan sahaja bang dollah bersendirian bermain layang-layang semasa hujan turun!
Mar 3, 2008
Tok Guru Haji Hadi Jangan Ajak Bang Dollah Berdebat!
Labels: Dollah dengkur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment