malaysiakini - Pemuda Umno Bahagian Kapar hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur tertentu yang mempengaruhi proses tawaran tender untuk projek penyenggaraan landskap di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Seramai 10 wakil pergerakan itu yang diketuai oleh Setiausahanya, Nor Azizi Ishak membuat laporan berkenaan di pejabat BPR negeri di Shah Alam jam 11 pagi tadi.
Seorang ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kapar, Mohd Roslee Abdul Rahman berkata mereka membuat laporan itu berikut berlaku perubahan pada tarikh tutup tender berkenaan yang telah dilanjutkan dari semalam (26 Mei) kepada 19 Jun ini tanpa sebarang notis.
Sepatutnya notis mengenai lanjutan tarikh tutup permohonan itu diberitahu lebih awal menerusi akhbar, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu, demikian menurut laporan Bernama.... selanjutnya.
No2umno - BPR cepat !!!.... ni lapuran dari UMNO. Langgar dinding buat kerja.
May 27, 2008
Pemuda Umno Kapar buat laporan BPR
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment