KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

Selangor kaji tamatkan kontrak Alam Flora

malaysiatoday - Selangor sedang mengkaji kemungkinan menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal yang dijalankan Alam Flora Sdn. Bhd. di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri, Ronnie Liu berkata, tindakan itu ekoran pengurusan sampah yang dijalankan Alam Flora masih mendapat rungutan penduduk.

Selain itu katanya, PBT pula terpaksa mengeluarkan peruntukan besar, namun perkhidmatan yang diberikan didapati masih tidak memuaskan sehingga kebanyakan penduduk merungut.

"Kerajaan negeri berkemungkinan berbuat demikian dan menubuhkan Lembaga Pengurusan Sampah Selangor yang akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri.

"Cadangan ini akan dibentangkan kepada kerajaan negeri setelah kajian siap dijalankan," kata beliau.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive