tranungkite - Tapi kali ini saya hanya mahu mengasak pada Adnan yang begitu teruja dengan siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Gani Patail.
Pelik juga. Nama beliau disebut dalam Klip berkenaan. Beliau juga sudah dipanggil oleh Suruhanjaya. Kenapa masih tak ditangkap. Adnan ini wajar ditangkap segera bagi memudahkan soal siasat dilakukan di balik tirai besi. Biar dia rasa sikit pengalaman dilokap, dan disoal siasat macam tahanan lain.
Polis Malaysia harus berani bertindak pada pemimpin Umno. Mereka bukan tuhan, dan mereka juga banyak kesalahan yang harus didedahkan pada rakyat. Apa ada pada Peguam Negara. Kuasa dakwa-dakwi tidak sepatutnya milik dia seorang.
Dia pun dilantik oleh Umno melalui skim ehsan “Kerajaan Barisan Nasional”. Jadi apakah kebebasan beliau sebagai Peguam Negara kini tidak boleh dipersoalkan. Setiap rakyat berhak menuntut keadilan dan Polis wajib menahan Adnan dan tidak membiarkannya diluar sini bersama rakyat yang tidak berdosa. Tempat beliau adalah penjara. Hantar sahaja dia ke sana.... selanjutnya.
May 27, 2008
Bila nak tangkap Adnan Mansor!
Labels: Belit Gani, Belit Polis, Tengku Adnan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment