buletinonline - Kerajaan negeri Terengganu beranggapan, kesemua hasil petroleum yang dijumpai di negeri ini adalah dimiliki 100 peratus oleh negeri ini dan bukannya hak Petronas lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri Terengganu, Haji Mustafa Ali berkata, anggapan ini dibuat berasaskan kenyataan kerajaan Pusat bahawa perjanjian yang dibuat oleh kerejaan negeri dengan Petronas pada tahun 1975 telah tidak sah dan terbatal sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Rais Yatim.
"Kalau selama ini milik kita 5 peratus sahaja berdasarkan perjanjian dengan Petronas, kini setelah perjanjian itu dikatakan terbatal dengan sendiri oleh Pusat, kini ia milik kita 100 peratus,"kata Haji Mustafa yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau berkata demikian ketika diminta oleh pemberita untuk mengulas sikap kerajaan negeri Terengganu terhadap isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu ketika ditemui di majlis pelancaran Pusat Dagangan Terengganu semalam.... selanjutnya.
May 27, 2008
Minyak di Terengganu kini milik negeri 100 peratus ?
Labels: Kerajaan Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment