KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Hadhari. Show all posts
Showing posts with label Belit Hadhari. Show all posts

Jun 29, 2008

Membina Masjid, Membunuh Yahudi

husinlempoyang - [...] Tiap-tiap kawasan hendak di bina Masjid Hadhari, kata Dato Ahmad Zahid Hamidi, Menteri "Ugama". Masjid pun hendak di Hadharikan. Padahal apa yang dikatakan itu adalah amalan Rasulullah untuk mengimarahkan Masjid. Tak ada pun dipanggil hadhari masa itu.

Inilah pentadbiran zaman Dolah, asyik kerja meranapkan dan menjenama semula tetapi tak ada apa yang dicapai. Buatlah Masjid Hadhari di negeri-negeri yang dimenangi BN, tak usah cerita Terengganu itu negeri Islam Hadhari Bijak Bestari.

Atas nama Hadhari, Patrick Lim tipu rakyat Terengganu dengan Masjid Kristal tetapi sebenarnya kaca. Dari atas jambatan nampak besar macam Masjid, tetapi sebenarnya surau. Surau berharga RM250 juta yang mana tidak cukup jemaah untuk buat sembahyang jumaat. Taman Ketamadunan Islam yang nampaknya tempat permainan kanak-kanak.... selanjutnya.

Jun 13, 2008

"Islam Hadhari karut" Nik Aziz

05.jpg

imej oleh: fotowarung .... kunjungi untuk imej yang menarik TG

klpos - [...] “Walaupun Kerajaan Selangor dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menolak Islam Hadhari namun Kelantan mengambil langkah sebaliknya.

“Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan.

“Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah.

“Sejak saya pegang Kelantan saya buat tiga dasar, ubudiah, itqam, masuliyah supaya kakitangan kerajaan senang ikut supaya senang nampak apa yang kerajaan nak,” jelas beliau ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak Islam Hadhari di negeri yang ditadbir mereka.

Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berkata, kerajaan Pas di Kelantan tidak akan haram Islam kerana mereka akan menjawab balik soal berkaitan Islam Hadhari dengan dalil dan ayat al-Quran.

“Ini sebabnya kami (Pas) tak mahu berdamai dengan UMNO. Sebab UMNO bawa ajaran sesat. Islam Hadhari adalah ajaran yang mengasingkan agama dan politik.... selanjutnya.

Jun 10, 2008

Jakim bersungguh dengan Islam Hadhari

Kalau Jakim dah bingung, aku lagi bingung. Bersungguh sungguh betul nak adakah pesta Hadhari. Besar bajet nya tu. Siapa yang dapat? Berhenti kan upacara, ada yang miss soru. Hmmmm.... siapa yang sungguh sungguh ni? Pak Lah sendiri pun dah tak sebut pasal Hadhari. Jakim masih bersemangat. Macam ada udang dalam ketam.

Islam hadhari tetap di negeri Pakatan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan memang menjadi tanggungjawab jabatan itu, sebuah badan bawah Jabatan Perdana Menteri, menjalankan program tersebut dan tugas itu akan diteruskan.

"Sebelum diharamkan dulu, kita (Jakim) telah melaksanakannya di sektor awam dan perdana menteri menyuarakan di peringkat antarabangsa. Dalam konteks Malaysia, kita fokus kepada pelaksanaan program," kata ketua pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau menambah, selepas pilihanraya umum 8 Mac, program-program jabatan itu untuk mempromosikan Islam hadhari tidak menghadapi sebarang masalah.

"Tidak ada masalah. Program macam biasa. Ia meliputi semua negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini. - seterusnya di Malaysiakini

Jun 9, 2008

P Pinang umum isu Islam hadhari

malaysiakini - [...] Satu sumber yang dekat dengan kerajaan Pulau Pinang memberitahu Malaysiakini hari ini, timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin "mungkin mengumumkan keputusan rasmi negeri (untuk melarang atau sebaliknya) dalam masa sehari dua lagi."

Dua minggu lepas, Mohammad Fairus berkata negeri itu akan mengikut jejak Selangor yang tidak mengizinkan sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Wakil rakyat Penanti, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, berkata langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."

Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

"Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya kepada Malaysiakini, sehari selepas keputusan Selangor.... selanjutnya.

Jun 2, 2008

22 ditahan gocoh dalam disko di Pulau Redang?

buletinonline - Seramai 22 lelaki ditahan apabila dua kumpulan remaja berusia antara 16 hingga 26 tahun kerana bergaduh di sebuah disko di Pulau Redang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, pergaduhan yang berlaku selepas pukul 12 tengah malam itu dipercayai tercetus apabila salah seorang remaja lelaki terbabit terlanggar seorang perempuan berusia 23 tahun di disko berkenaan.

Menurut beliau, kedua-dua kumpulan itu menggunakan kerusi sebagai senjata menyebabkan ada di kalangan mereka cedera.

''Tidak berpuas hati dengan pergaduhan di disko itu, salah seorang daripada kumpulan terbabit datang menyerbu calet yang didiami satu lagi kumpulan dan menyerang mereka di sana pula,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zamri memberitahu, mereka menggunakan payung sebagai senjata dan menyebabkan seorang pekerja di situ cedera di kepala.... selanjutnya.

May 28, 2008

Perak diminta haramkan juga program berkonsep Islam Hadhari

Mstar - Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur (DPPIT) dan Dewan Pemuda PAS Pasir Salak (DPPPs) hari ini menyarankan agar kerajaan Perak mengikuti pendirian kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan program berkonsepkan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun lepas.

Ketua DPPIT Salman Saleh dan Ketua DPPPS Zamarul Aini Abdul Malek berkata langkah itu perlu bagi mengembalikan ajaran Islam yang sebenar kerana Islam Hadhari amat menyalahi prinsip sebenar Islam yang sudah sempurna.

"Kami amat yakin bahawa Islam yang telah kita amalkan daripada dahulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. Kami menyarankan supaya semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari," kata mereka dalam satu kenyataan bersama di sini, Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adatadat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor mengharamkan sebarang pelaksanaan program berkonsepkan Islam Hadhari di negeri itu. ... selanjutnya.

berita berkaitan
Selangor Ban Islam Hadhari Program [marnanview]
The First Move? [alittlereminder]
Haramkan Penggunaan Istilah "Islam Hadhari" Bagi Pendekatan itu [sebolku]
Selangor dan Pulau Pinang Haramkan Hadhari .. Kenapa? [koleksiparlimen]
'PKR politikkan Islam Hadhari ?? [serkamvalley]
Tempelak Islam Hadhari [sujudterakhir]
Khir Toyo marah haramkan Islam Hadhari Pesuruhjaya PAS Selangor ... [roslansms]
Runtuhnya Islam Badawi [dhyzia6907-deddy]
Mencuci Selangor dari ajaran dan pendekatan sesat.. [stanceofmuslimah]
Orang salah, gelabah macam gitu [anticsofhussinlempoyang]

Selangor Rugi?

Hadhari: Tindakan Selangor merugikan
utusmeloya - [...] Beliau berkata, konsep Islam Hadhari sebenarnya, adalah satu pendekatan untuk membangunkan ummah secara holistik, spiritual dan fizikal.

''Jika dilihat kepada 10 prinsip yang terkandung di dalam Islam Hadhari, ia tiada cacat cela dan sewaktu kerajaan memperkenalkannya pada Persidangan Akademi Fiqh Antarabangsa tahun lalu, ia menjadi contoh kepada negara- negara Islam lain di dunia,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, program yang terkandung di dalam Islam Hadhari paling sesuai untuk menyuntik semula kesedaran di kalangan umat Islam negara ini supaya terus maju dalam pelbagai bidang.

Selain itu, katanya, lebih 1,000 ulama lepasan Al-Azhar yang menghadiri Multaqa Alumni di Kuala Lumpur pada awal tahun ini, turut bersetuju bahawa pendekatan Islam Hadhari mampu menyuntik semula kesedaran umat Islam seluruh dunia untuk maju dalam bidang-bidang yang mereka ketinggalan selama ini.... selanjutnya.

No2umnO - Pak Lah sendiri pun dah tak cerita pasal Islam Hadhari ....

May 27, 2008

P. Pinang mahu haramkan Islam hadhari

malaysiakini - Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah Pulau Pinang ini tidak bermotifkan politik, tambah Mohammad Fairus, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."... selanjutnya.

Mar 19, 2008

Jawapan Yang Menggemparkan..

energi-alabrar

Hari ini saya mendapat berita yang sangat mengejutkan. Mohamad seorang sahabat di Jabatan Syariah menceritakan perkara tersebut kepada saya. Katanya berita ini diceritakan oleh sahabatnya di Kedah. Sahabatnya itu telah menanyakan kepada seorang budak kecil beberapa soalan mengenai agama. Berbagai soalan yang di tanya, solat berapa kali sehari, Rukun Iman, Rukun Islam, dan berbagai lagi. Ada yang dapat dijawab dan ada yang tidak. Cuma yang mengejutkan ialah apabila ditanya tentang agama yang dianutinya, maka budak kecil itu dengan pantas menjawab 'agama saya agama Islam Hadhari'. Tergamam saya mendengarnya. Sungguh berat untuk mempercayai cerita tersebut.

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.


Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama :

1.Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
2.Kerajaan Adil dan Beramanah
3.Rakyat Berjiwa Merdeka
4.Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5.Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6.Kehidupan Berkualiti
7.Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8.Keutuhan Budaya dan Moral
9.Pemeliharaan Alam Semulajadi
10.Kekuatan Pertahanan

Ini adalah merupakan pandangan YAB Perdana Menteri berkenaan dengan perlaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. Saya melihat bahawa prinsip yang digagaskan melalui Islam Hadhari ini sudah cukup cantik untuk dipraktikkan. Cuma apa yang kurang saya persetujui ialah title 'Islam Hadhari' itu sendiri. Islam adalah merupakan agama, risalah, cara hidup yang bersifat syumul. Islam tidak perlu diketengahkan dengan mengambil beberapa juzu' ciri-ciri yang terdapat di dalam Islam. Islam sememangnya bersifat Hadhari, malah menurut beberapa kajian yang pernah saya baca menyatakan bahawa liberal dan sekular itu juga merupakan ciri-ciri yang terdapat di dalam islam cuma ia ada had dan batas yang tertentu dan bukannya liberal dan sekular yang berlebih-lebih sehingga menjerumuskan minda dan pegangan seseorang terhadap tuntutan wahyu.

Merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh si kecil tadi, saya tidak menafikan bahawa title Islam hadhari ini 'ada bahayanya'. Malah jika dilihat dari segi perlaksanaannya juga masih berada di tahap yang boleh dipersoalkan. Tidakkah Allah pernah berfirman di dalam surah As Saff :

Amat besar kemurkaannya di sisi Allah SWT terhadap apa yang kamu perkatakan, tetapi kamu tidak melakukannya.

Cetusan idea semata-mata tidak akan memberikan apa-apa perubahan. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata sebagaimana ungkapan Cikgu Badrul Hisyam. Setakat ini, apakah kesan yang dapat dilihat melalui gagasan ini? Ramai yang mempertikaikan. Malah ada yang menyatakan "ISLAM HADHARI telah MELAHIRKAN LEBIH RAMAI BINATANG di kalangan manusia, dan bukannya memanusiakan manusia". Beberapa kes jenayah pembunuhan seperti kes Nurin jazlin menunjukkan kegagalan Islam hadhari.

Saya berharap Islam Hadhari bukanlah merupakan satu cetusan yang berbaur politik. sekiranya PAS bermatlamatkan Negara Islam dan memperjuangkan syariat Islam, janganlah Islam Hadhari ini dijadikan satu wadah kepada UMNO untuk menentang perjuangan PAS. Tetapi apabila melihat kepada suasana dan keadaan negara pada hari ini, sekaligus merobek pengharapan saya seolah-olah Islam Hadhari sememangnya diperkotak-katikkan untuk kepentingan politik semata. Jika benar ia 'ikhlas' untuk dilaksanakan, nescaya negara kita akan pulih bersih dari segala permasalahan, dan akan mencapai target prinsip yang telah ditetapkan.

Al Quran dan As Sunnah telah menggariskan panduan untuk kelangsungan kehidupan manusia yang lebih baik. Maka kembalilah kepada dua warisan wahyu ini, dan bukannya mewujudkan satu warisan baru yang belum pasti sejauh mana keberkesanannya..

Waalahua'lam..

Mar 1, 2008

LAKONAN HADHARI TERBONGKAR

http://www.tranungkite.net/v7/data/047-lakonanterbongkar.jpg

Jan 26, 2008

PEKIDA agen UMNO?

anak bangi

Forum Maal Hijrah anjuran Pekida, Pemadam dan JAKIM mengajak rakyat membudayakan ilmu dan mendokong Islam Hadhari

Kiriman: Admin pada Khamis, 15 Febuari, 2007 - 06:21 AM

INSAN CEMERLANG UMMAH GEMILANG” inilah tema sambutan maal hijrah tahun ini 1428H. Mengambil keberkatan tarikh 1 Muharram yang lalu, Unit R&D Pekida Malaysia dan Unit Pemadam Cawangan Sg Ramal Baru telah mengadakan forum Maal Hijrah sempena Majlis Perasmian penubuhannya dengan jayanya. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Zahari Bin Isman, Bekas Pensyarah Pengajian Islam UNITAR, dan dibantu oleh dua anggota Panel iaitu Ustaz Hj Mat Razi Bin Mat Ali, Penolong Pengarah JAKIM dan Dr Hj Masjuki Hj Mohd Musuri Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia(PEKIDA)

'HIGHLIGHT'

+Dalam ceramahnya Ustaz Haji Mat Radzi dari JAKIM menyeru agar umat Islam di Malaysia mendokong pendekatan Islam Hadhari yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan telah mula menjadi tumpuan dan diterima pakai oleh negara Islam sedunia.

Beliau yang turut membacakan 10 prinsip-prinsip Islam Hadhari kepada hadirin kelihatan amat berpuashati dengan sambutan hangat dari para hadirin.

+Sementara itu, Dr Hj Masjuki menambah seruan dengan tegas dan jelas agar umat Islam tidak lagi merasa was-was untuk menyokong usaha kerajaan membangun masyarakat melalui pendekatan Islam Hadhari.

+Menurut beliau, sesiapa yang menolak atau menidakkan usaha YAB Perdana Menteri untuk menjayakan Islam Hadhari adalah orang yang jahil dan tidak peka terhadap kejatuhan Islam masa kini.
+Dr Hj Masjuki menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah Islam sebenar yang telah hilang dan perlu dihadirkan semula.

+Beliau amat yakin Islam Hadhari mampu membawa Malaysia di persada dunia sebagai negara Islam contoh yang menyediakan sistem perhubungan sesama insan dan perundangan negara yang adil dan rakyat berbilang kaum hidup saksama.
(BACA : http://www.pekida.org/portal/index.php?name=News&file=article&sid=41 )

Selepas menempelkan berita di atas pada beberapa web forum,pembaca majoriti memberikan respon yang baik bahawa mereka faham tujuan perjuangan PEKIDA iaitu mensasarkan ahli khusus dan ummat kepada membudayakan Islam Hadhari yang banyak mencelarukan masyarakat moden pada hari ini.Satu tamadun yang dianggap moden tetapi sebenarnya meracuni kemodenan itu.Seperti kata penyair Abu Nawas : Mereka mengubati diriku dengan penyakit.Ada penyair lain juga pernah berkata :Jika kamu berubat daripada satu penyakit dengan satu penyakit lain-Maka punca penyakit kamu akan membunuh punca ubat kamu!
Apa yang kita faham dari syair di atas ialah suatu penyakit apabila diubati dengan racun maka ia akan bertambah parah,seksa dan lebih membawa kepada kematian.

Kita yakin saranan kerajaan supaya rakyat menerima gagasan dan pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad Badawi tidaklah memberi impak yang positif dalam ketamadunan negara hari ini.Ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung Umno ke-55 di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC-23 September 2004) tidak lain hanyalah sekadar retorik bagi mengikut jejak langkah Perdana Menteri sebelumnya supaya ianya menjadi satu zikir yang tersemat didalam hati rakyat.Apabila bekerja jadikan kerja anda untuk islam hadhari!

Kita malas melayan sifat 'bodoh sombong' mereka ketika melaungkan gagasan dan pendekatan yang mereka bawa ini.Apabila ditegur soal maknanya sahaja dari sudut lughawi dan istilah,melenting mereka dibuatnya dari pemimpin peringkat tinggi hinggalah ustaz-ustaz mereka sendiri.Semua betul-betulkan songkok yang mereka pakai di atas kepala.Jadi,sepanjang pemerintahan mereka dengan gagasan dan pendekatan yang mereka bangga-banggakan ini,kita tanya pada mereka apakah hasil yang mereka dapat sepanjang mereka memerintah.Masih mahu tanya 'bodoh sombong' seperti itu?pemimpin sendiri pun lidah berbelit-belit,media pula membodek-bodek.Kesimpulannya bagaimanakah kami ingin membentuk pemikiran moden,terdedah dengan isu semasa,pembudayaan ilmu dan jatidiri kalaulah 'orang tua' yakni pemimpin kerajaan sendiri penipu,perasuah,lidah berbelit dan tidak berilmu?

Kita tidak hairan dengan 10 prinsip yang dibawa dalam gagasan dan pendekatan tersebut.Letaklan 20 atau 30 prinsip sekalipun,tidaklah kita hairan.Kita tertanya-tanya,adakah prinsip yang menjadi pegangan hidup mereka ini dapat menandingi perlembagaan Lord Reid tertinggi negara?Tidak marahkah British?Tidak mengamukkah Solicitor-General Scotland Lord William Reid itu?Langsung tidak kerana apabila satu gagasan dan pendekatan baru yang bernaung dibawah kerajaan barat perlulah mendapat redha dan restu dari barat sendiri.Islam yang sebenarnya tidaklah begitu kerana barat dan timur tetap berjauhan.Apabila barat makin mendekati,timur pula menjauhi!.

Meneliti kalam Dato' Sri Anwar Ibrahim menjawab polemik pekida ini beliau mengatakan :

Isu Pekida banyak dibangkitkan dalam pelbagai majlis dan oleh pengunjung terutama setelah Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang penuh penyelewengan.

Pekida dan gerakan sebelumnya diasaskan sebagai wadah membela bangsa dan agama. Saya pernah berbincang panjang dengan tokoh-tokoh besar terdahulu. Saya masih mempertahankan kemurnian hasrat dan idealisme Pekida.

Namun begitu saya juga sedia maklum bahawa gerakan tersebut diresapi beberapa gerombolan berkepentingan yang lebih asyik dengan kontrak, upah dan lain-lain ganjaran dari Umno khususnya Pemuda. Mereka sanggup bersekongkol dengan perasuah yang mengkhianati amanah bangsa, merompak khazanah negara.

Saya ada sampaikan keprihatinan saya kepada pimpinan Pekida dan ada yang memberikan jaminan bahawa mereka tidak bersedia diperalatkan untuk mendera pejuang bangsa dan agama. More...

Dec 29, 2007

Berdangsa Dengan Bang Dollah di Dataran Merdeka!

dipetik: sheikh-telukintan.blogspot



Sambil menahan kesakitan di bahagian bahu dan tengkuk, teman mengagahkan diri menonton Warta Perdana , pada malam tadi. Sambil mengurut perlahan bahu dan tengkuk teman dengan minyak kayu putih, dapat teman lihat dan dengar kenyataan seorang badut UMNO yang juga menjadi menteri yang menjaga hal ehwal pelancungan Malaya.

Siapa lagi kalau bukan si Engku Nan yang pernah mencadangkan pusat hiburan dibuka hingga tiga pagi bagi membolehkan pelancung dari luar negara berhibur.Dan malam tadi di kaca TV dia membebel, bahawa sejak kebelakangan ini, pelancung dari luar mula takut melancung ke Malaya kerana gara-gara demonstrasi jalanan.

Geli hati teman mendengar cakap-cakap si badut UMNO ni.Masakan teman tak geli hati, dia sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri kalau betul berlaku kemorosotan kadar kemasukan pelancung luar negara sempena Tahun Melawat Malaya.Mengapa dia dan Kementeriannya serta agensi-agensi yang berkaitan tidak melakukan usaha yang lebih proaktif seperti memberi tahu pada bakal pelancung bahawa mereka tidak perlu gundah gulana melawat Malaya kerana beberapa siri perhimpunan yang berlaku adalah perhimpunan aman.

Dan untuk lebih menyakinkan bakal pelancung bahawa Malaya berada dalam keadaan aman damai, sepatutnya Engku Nan boleh mengunakan pelbagai cara untuk memaklumkan secara berterus terang keadaan di Malaya yang sebenarnya.

Misalnya dia dan kementeriannya perlu memberitahu bahawa ,perhimpunan aman akan menjadi tidak berapa aman apabila terdapat campur tangan berlebihan Polis Malaya.

Dan bila ditanya mengapa Polis Malaya bersikap begitu , maka Engku Nan boleh menjawab bahawa Polis Malaya sejak dulu lagi telah dilatih agar pandai bergurau senda dengan rakyat jelata.

Seterusnya, Engku Nan boleh memberitahu kepada bakal pelancung supaya jangan risau apabila melihat Polis Malaya menghamburkan air kimia, gas pemedih mata dan menghayun kayu belantan terhadap para peserta perhimpunan aman kerana ini adalah sebahagian dari tugas Polis Malaya dalam kerangka bersenda gurau dengan orang awam.

Maka dengan itu, seluruh makluk dari seluruh pelusuk dunia akan berpusu-pusu berkunjung ke Malaya untuk melihat kehebatan Polis Malaya yang pandai dan pintar bergurau senda dengan rakyat!

Dan teman pada hari ini, ingin mencadangkan suatu idea yang paling bernas pada Engku Nan dalam usaha menarik lebih ramai pelancung datang ke Malaya . Dengan cadangan yang akan teman kemukakan kejab lagi, teman percaya bukan sahaja pelancung biasa akan berpusu-pusu datang melawat Malaya, bahkan pemimpin-pemimpin dari seluruh negara di alam maya ini akan turut membanjiri Malaya. Dan pastinya, Engku Nan boleh tersenyum,kerana misi Tahun Melawat Malaya akan menjadi terlalu berjaya di luar jangkaan.

Cadangan teman nampak ringkas tetapi boleh dilaksanakan kerana ianya adalah bersesuaian dengan ajaran Islam hadhadri.

Adalah dicadangkan, Bang dollah dan para menterinya, berdangsa setiap malam dengan isteri masing-masing di Dataran Merdeka. Cuba bayangkan, betapa seronoknya makluk di dunia ini melihat bang dollah menari rentak cha-cha dengan isterinya di atas pentas di Dataran Merdeka diiringi oleh Okestra RTM.

Kemudian diikuti oleh Tok Najib dan isterinya yang akan menari rock and roll. Dan percayalah semua orang akan turut terhibur dengan lengok lembut si Tok Hisyam Panglima Keris UMNO, yang akan menari berentak zapin dengan isterinya. Kegamatan akan menjadi lebih luar biasa apabila Tok Samy Vellu, Menteri Kerjaraya dan Kuil muncul untuk menari tarian India bersama isterinya.

Dan cuba bayangkan, Presiden Bush membatalkan kesemua jadual kerjanya dalam tempuh seminggu , semata-mata untuk datang ke Malaya sebagai pelancung kerana mahu melihat dengan biji matanya sendiri persembahan bang dollah menari rentak Cha-Cha dengan isterinya yang siang malam diusung ke sini sana.

Semoga cadangan teman ini diterima dengan senag hati oleh Engku Nan. Cadangan ini mempunyai serampang dua mata. Pertama untuk menarik pelancung dari seluruh benua di atas muka bumi ini , melawat Malaya , seribu kali ganda daripada sasaran. Keduanya, pihak polis ada alasan untuk menolak permohonan mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka!

Posting terkini

Blog Archive