anak bangi
Forum Maal Hijrah anjuran Pekida, Pemadam dan JAKIM mengajak rakyat membudayakan ilmu dan mendokong Islam Hadhari
Kiriman: Admin pada Khamis, 15 Febuari, 2007 - 06:21 AM
INSAN CEMERLANG UMMAH GEMILANG” inilah tema sambutan maal hijrah tahun ini 1428H. Mengambil keberkatan tarikh 1 Muharram yang lalu, Unit R&D Pekida Malaysia dan Unit Pemadam Cawangan Sg Ramal Baru telah mengadakan forum Maal Hijrah sempena Majlis Perasmian penubuhannya dengan jayanya. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Zahari Bin Isman, Bekas Pensyarah Pengajian Islam UNITAR, dan dibantu oleh dua anggota Panel iaitu Ustaz Hj Mat Razi Bin Mat Ali, Penolong Pengarah JAKIM dan Dr Hj Masjuki Hj Mohd Musuri Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia(PEKIDA)
'HIGHLIGHT'
+Dalam ceramahnya Ustaz Haji Mat Radzi dari JAKIM menyeru agar umat Islam di Malaysia mendokong pendekatan Islam Hadhari yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan telah mula menjadi tumpuan dan diterima pakai oleh negara Islam sedunia.
Beliau yang turut membacakan 10 prinsip-prinsip Islam Hadhari kepada hadirin kelihatan amat berpuashati dengan sambutan hangat dari para hadirin.
+Sementara itu, Dr Hj Masjuki menambah seruan dengan tegas dan jelas agar umat Islam tidak lagi merasa was-was untuk menyokong usaha kerajaan membangun masyarakat melalui pendekatan Islam Hadhari.
+Menurut beliau, sesiapa yang menolak atau menidakkan usaha YAB Perdana Menteri untuk menjayakan Islam Hadhari adalah orang yang jahil dan tidak peka terhadap kejatuhan Islam masa kini.
+Dr Hj Masjuki menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah Islam sebenar yang telah hilang dan perlu dihadirkan semula.
+Beliau amat yakin Islam Hadhari mampu membawa Malaysia di persada dunia sebagai negara Islam contoh yang menyediakan sistem perhubungan sesama insan dan perundangan negara yang adil dan rakyat berbilang kaum hidup saksama.
(BACA : http://www.pekida.org/portal/index.php?name=News&file=article&sid=41 )
Selepas menempelkan berita di atas pada beberapa web forum,pembaca majoriti memberikan respon yang baik bahawa mereka faham tujuan perjuangan PEKIDA iaitu mensasarkan ahli khusus dan ummat kepada membudayakan Islam Hadhari yang banyak mencelarukan masyarakat moden pada hari ini.Satu tamadun yang dianggap moden tetapi sebenarnya meracuni kemodenan itu.Seperti kata penyair Abu Nawas : Mereka mengubati diriku dengan penyakit.Ada penyair lain juga pernah berkata :Jika kamu berubat daripada satu penyakit dengan satu penyakit lain-Maka punca penyakit kamu akan membunuh punca ubat kamu!
Apa yang kita faham dari syair di atas ialah suatu penyakit apabila diubati dengan racun maka ia akan bertambah parah,seksa dan lebih membawa kepada kematian.
Kita yakin saranan kerajaan supaya rakyat menerima gagasan dan pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad Badawi tidaklah memberi impak yang positif dalam ketamadunan negara hari ini.Ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung Umno ke-55 di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC-23 September 2004) tidak lain hanyalah sekadar retorik bagi mengikut jejak langkah Perdana Menteri sebelumnya supaya ianya menjadi satu zikir yang tersemat didalam hati rakyat.Apabila bekerja jadikan kerja anda untuk islam hadhari!
Kita malas melayan sifat 'bodoh sombong' mereka ketika melaungkan gagasan dan pendekatan yang mereka bawa ini.Apabila ditegur soal maknanya sahaja dari sudut lughawi dan istilah,melenting mereka dibuatnya dari pemimpin peringkat tinggi hinggalah ustaz-ustaz mereka sendiri.Semua betul-betulkan songkok yang mereka pakai di atas kepala.Jadi,sepanjang pemerintahan mereka dengan gagasan dan pendekatan yang mereka bangga-banggakan ini,kita tanya pada mereka apakah hasil yang mereka dapat sepanjang mereka memerintah.Masih mahu tanya 'bodoh sombong' seperti itu?pemimpin sendiri pun lidah berbelit-belit,media pula membodek-bodek.Kesimpulannya bagaimanakah kami ingin membentuk pemikiran moden,terdedah dengan isu semasa,pembudayaan ilmu dan jatidiri kalaulah 'orang tua' yakni pemimpin kerajaan sendiri penipu,perasuah,lidah berbelit dan tidak berilmu?
Kita tidak hairan dengan 10 prinsip yang dibawa dalam gagasan dan pendekatan tersebut.Letaklan 20 atau 30 prinsip sekalipun,tidaklah kita hairan.Kita tertanya-tanya,adakah prinsip yang menjadi pegangan hidup mereka ini dapat menandingi perlembagaan Lord Reid tertinggi negara?Tidak marahkah British?Tidak mengamukkah Solicitor-General Scotland Lord William Reid itu?Langsung tidak kerana apabila satu gagasan dan pendekatan baru yang bernaung dibawah kerajaan barat perlulah mendapat redha dan restu dari barat sendiri.Islam yang sebenarnya tidaklah begitu kerana barat dan timur tetap berjauhan.Apabila barat makin mendekati,timur pula menjauhi!.
Meneliti kalam Dato' Sri Anwar Ibrahim menjawab polemik pekida ini beliau mengatakan :
Isu Pekida banyak dibangkitkan dalam pelbagai majlis dan oleh pengunjung terutama setelah Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang penuh penyelewengan.
Pekida dan gerakan sebelumnya diasaskan sebagai wadah membela bangsa dan agama. Saya pernah berbincang panjang dengan tokoh-tokoh besar terdahulu. Saya masih mempertahankan kemurnian hasrat dan idealisme Pekida.
Namun begitu saya juga sedia maklum bahawa gerakan tersebut diresapi beberapa gerombolan berkepentingan yang lebih asyik dengan kontrak, upah dan lain-lain ganjaran dari Umno khususnya Pemuda. Mereka sanggup bersekongkol dengan perasuah yang mengkhianati amanah bangsa, merompak khazanah negara.
Saya ada sampaikan keprihatinan saya kepada pimpinan Pekida dan ada yang memberikan jaminan bahawa mereka tidak bersedia diperalatkan untuk mendera pejuang bangsa dan agama. More...
0 comments:
Post a Comment