KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

Protes di KLCC, TKO Kutuk Tindakan Polis Tahan Puluhan Rakyat

atranungkite.

TKO mengutuk keras tindakan polis menahan berpuloh-puloh orang yang datang untuk menghadiri PERHIMPUNAN AMAN yang diadakan di KLCC pada jam 2.45 petang tadi.

Sejak kebelakangan in, Ketua Polis Dang Wangi, OCPD Zulkarnain Abdul Rahman telah cuba bertindak sebagai seorang wira bagi pihak kerajaan BN untuk menghalang rakyat daripada berhimpun secara aman dengan melakukan penangkapan dan yang juga telah mengarahkan penggunaan FRU serta water-canon untuk menzalimi rakyat.

Terbaru, di dalam perhimpunan aman anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (PROTES) untuk memprotes kenaikan harga barang, beberapa orang pemimpin parti pembangkang dan wartawan akhbar siber telah ditahan dan ditangkap secara biadab oleh anggota polis.

Wartawan akhbar internet Malaysiakini.com, Syed Jamal Zahid turut ditangkap.

Penangkapan juga dilakukan di stesyen LRT Ampang Park, dimana lim oang wanita dan tiga orang lkelaki ditahan dan ditangkap kerana dikatakan kononnya terlibat di dalam perhimpunan berkenaan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive