Saidah Hairan
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Seorang anggota polis menyalahkan ibu bapa Sharlinie Mohd Nasar, 5, kerana cuai menjaga kanak-kanak tersebut sehingga diculik dan tidak dapat dikesan kehilangannya.
Polis wanita tersebut bercakap dengan wartawan Harakah ketika ditanya tentang kehadiran polis yang ramai dalam perhimpunan aman anjuran Protes menentang kenaikan harga barangan di hadapan KLCC, jam 3 petang tadi.
Ketika diberitahu bahawa anggota polis memang diarah menggagalkan perhimpunan itu, wartawan Harakah menyatakan pandangan bahawa jika jumlah polis yang sama dikerah untuk mencari Sharlinie, kemungkinan besar kanak-kanak itu ditemui kembali.
Polis wanita itu yang pada awalnya tergamam dengan kenyataan itu kemudiannya menjawab: "Itu memang salah dia... salah emak bapa dia..."
Setelah menyedari bercakap dengan wartawan, beliau terus menghilangkan diri.
Dalam masa yang sama, pihak polis bertindak keras menangkap sesiapa saja peserta perhimpunan aman yang memakai baju-T, baju, tudung atau membawa alat-alat berwarna kuning. More...
No2umnO - Ramai polis yang masih tidak sedar diri dan cuba menyalahkan pihak lain. Anak, kita punya tanggung jawab tapi keamanan tanggung jawab siapa? Kalau semua rakyat yang perlu bertanggung jawab, apa kerja polis? Makan rasuah aje kot?
Jan 26, 2008
Anggota polis dakwa ibu bapa Sharlinie cuai
Labels: Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment