KeADILan
TERKINI | Kuala Lumpur, 26 Jan - Sebanyak 54 orang yang cuba menyertai protes kenaikkan harga ditahan polis petang ini. Ratusan orang hadir di KLCC dan Stesen Ampang Park untuk memberi sokongan kepada
Polis memulai menangkap ahli-ahli Unit Amal Pas serta relawan dan aktivis yang lain sebelum pukul 3 petang secara rawak dan enggan memberi alasan munasabah. Wartawan juga dilaporkan ditangkap.
Dalam beberapa wabak tangkapan seterus itu, beberapa pemimpin KeADILan, Pas, PSM serta aktivis-aktivis ditahan.
Polis dan pihak berkuasa dilihat bertindak kasar terhadap orang ramai yang berkumpul di tempat protes.
Ratusan polis kelihatan berkumpul di sekitar KLCC dan stesen Ampang Park dari awal hari.
Polis mendapat perintah mahkamah yang membenarkan mereka menahan individu-individu tertentu termasuk Tian Chua, Dr. Hatta Ramli, Mohd. Sabu dan Ooi Tze Min jika mereka muncul di persekitaran kawasan itu.
Pada waktu ini, di antara individu-individu yang disahkan ditahan polis termasuk:
1. Tian Chua
2. Dr. Hatta Ramli
3. Mohd. Sabu
4. Dr. Nasir Hashim
5. S. Arutchelvan
6. Dr. Dzulkifli Ahmad
7. Badrul Hisham
8. Jonson Chong
9. Badrul Amin
10. Ginie Lim
11. Syed Jamal (Wartawan Malaysiakini)
0 comments:
Post a Comment