Tok Aji
Harakahdaily
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum
Saya ada penunggang motorsikal yang hampir setiap hari menggunakan 'new expressway' KL - Putrajaya.
Kita semua sedia maklum bahawa laluan ini baru saja dibuka secara rasminya beberapa bulan lalu.
Bermula 17 Januari lalu, laluan ini telah mengenakan bayaran tol kepada semua jenis kenderaan kecuali pengguna motorsikal.
Polis halang laluan?
Hari ini (25 Januari) saya agak terkejut, ketika saya memasuki laluan baru ini melalui Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ada empat anggota polis yang membuat sekatan jalan ke atas semua penunggang motorsikal daripada menggunakan 'expressway'.
Mereka menjelaskan bahawa laluan tersebut hanyalah untuk kegunaan kenderaan lain dan bukan untuk motorsikal bermula hari ini sehinggalah seterusnya.
Pertanyaan saya ialah, adakah ini cara kerajaan melayani para penunggang motorsikal?
Kami tidak boleh menggunakan kemudahan yang disediakan hanya kerana kami tidak membayar tol ketika menggunakan 'expressway'?
Jan 26, 2008
Kenapa motor dihalang guna laluan KL-Putrajaya?
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment