KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

RTM DIKUTUK DAN TERKUTUK

RTM pemberi maklumat yang 'tepat, padat dan mutakhir' ?
M Star

Ada lagi yang saya nampak di siaran berita Warta Perdana di RTM1 pada jam 8 malam semalam, Jumaat, 25 Januari.

Bukan saja-saja nak cari silap RTM tapi dah ternampak dan terpanggil pula untuk kasi tau pada semua yang RTM ni selalu sangat dok puji diri, canang sana canang sini, jaja sana jaja sini, heboh sana heboh sini habis keseluruh negara yang saluran Inforia RTM ni cukup berprestij dan berprestasi tinggi dengan maklumat infomasi yg begitu tepat, padat dan mutakhir.

Tapi ini yang jadi pelik. Sama ada ini adalah satu tamparan kepada Menteri Penerangan a.k.a Menteri RTM sendiri ataupun satu 'info' yang begitu 'meriakan' kalangan puak-puak RTM dan kakitangan kementerian sendiri dan seluruh anggota 'Angkasapurapura' kesemuanya.

Boleh buat analisa sendiri kepada mereka-mereka yg terbabit atau yang berkenaan.

Kalau saya tak kasi tau, tentu anda sekalian pun tak tahu punya tentang kesilapan walau nampak kecil tapi bukan kecil anak punya kesilapan nak habag bagi.

Kesilapan ini terdedah selari dengan penyampaian berita jam 8 malam dimana RTM dengan serentak memaparkan 'footage' berita ringkas dibawah skrin dimana beberapa berita melibatkan 'event' atau peristiwa yang sedang berlaku atau akan berlaku menyusul dengan bergerak bertali arus seperti biasa yang kita selalu lihat dan mendapat maklumat dengan serentak bersama penyampaian berita yang di sampaikan oleh pembaca berita.

"Footage" tersebut memaparkan lebih kurang begini (saya tak dapat membuat paparan yg betul-betul sama seperti apa yang dibentangkan pada skrin kerana berita itu tidak statik - sebab sentiasa bergerak untuk memberi ruang pada berita-berita yang lain yg menyusul kemudiannya).

Maksudnya pada berita tersebut adalah: Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan membuka kaunter pada sekian sekian hari (kalau tak salah saya hujung minggu (Sabtu/Ahad) bagi memudahkan untuk kutipan cukai jalan, cukai perkhidmatan, duti-eksais ....).

Jika diterjemahkan ianya bermaksud [Road-Tax, Service Tax & Excise Duties]dalam bahasa Inggeris. Road Tax atau Cukai Jalan bukan ka bawah kelolaan JPJ? Itu yang menjadi hairan ni.

Yang menjadi tanda soal disini yang ini lah cukai jalan? (dah dipindahkan kepada Jabatan Kastam pula?). [Soalan memperli] Apa sudah jadi pada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) ???? Mungkin JPJ pula mengambil-alih kutipan cukai jualan pulak kot ????

Macam mana yg dikatakan RTM pemberi 'maklumat' yang 'tepat, padat dan mutakhir' ?

Maklumat sebegini boleh bikin penonton keliru? mungkin tidak bagi mereka yg tidak mudah terima bulat-bulat secara membabi-buta atau yang bukan jenis 'buta-kayu'.

Namun ini 'amat memalukan' pihak RTM sendiri dan juga Kementerian Penerangan kerana dgn slogan RTM sendiri tentang informasi atau maklumatnya yg terkini itu sudah pasti tepat dan mutakhir (terkini atau latest update) kini sudah tercemar dek kecuaian, kelalaian dan kelalian pihak kakitangan RTM sendiri.

Kalau tak keliru pun, penonton akan memperlekehkan kewibawaan RTM sebagai penyebar maklumat atau Infomasi melalui saluran Inforia yang di heboh-hebohkan bagaikan tiada tandingan oleh mana-mana pihak. Ini betul-betul 'masuk bakul angkat sendiri' lagaknya.

Walaupun kesilapan ini nampak kecil tapi ianya memberi gambaran perbezaan yg cukup besar. Jauh beza jaraknya antara cukai jalan dengan cukai jualan.

Saya fikir pihak kakitangan KDRM dan JPJ tentu gelak besar atau gelak sakan (kira sakan punya gelak ketawa berdekah-dekah hingga terbahak-bahak) antara sesama mereka bila mendapati kesilapan yang tak sepatutnya terjadi dan dilakukan pula oleh badan yang sudah begitu berpengalaman dan cukup punya matang lagi dengan budaya beretika yang menjadi contoh dimata dunia dan lagi berprestij sebagaimana yg diheboh-hebohkan oleh mereka sendiri.

Kita yang tak ada kena mengena dengan kedua-dua jabatan itu pun tahu dan sedar akan perbezaan antara cukai jalan dengan cukai jualan.

Inikan pulak bagi mereka yang terlibat atau yang terbabit secara langsung dalam pengendalian tentang cukai-cukai tersebut.

Oleh itu 'moral of the story' jika tak mampu menunjukkan prestasi yang terbaik dengan sempurna dan terpuji yang kononnya berprestij dalam segenap bidang dalam apa saja persembahan atau penyampaian maklumat atau infomasi, jangan uar-uarkan kepada seluruh pelusuk negara akan slogan-slogan seperti 'memuji-muji diri sendiri', 'mengangkat-diri sendiri' bak kata orang 'masuk bakul angkat sendiri' saja lagaknya.

Nanti RTM dan sekutu-sekutunya akan diperlekeh-lekehkan, diperkecil-kecilkan dan diperbodoh-bodohkan begitu sahaja.

Tiada siapa akan hormat. Tiada lagi keyakinan dan kepercayaan pada RTM sebagai badan penyebar maklumat yang tepat atau lebih senang dipanggil penyebar maklumat palsu. Info atau maklumat yang hanya pakai main hentam keromo saja. Info yang hanya 'auta' semata.

Kita sebagai penonton juga tidak sanggup dibohongi, ditipu dan dikelentong oleh penyebar maklumat palsu dan tidak tepat.

CONTRAVISI ONISME

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive