KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

PEMIMPIM KAYA, RAKYAT MAKAN DEBU

50 tahun 'makan' debu
Oleh Zulfa Mohamad

TASEK GELUGOR: Lebih 1,000 penduduk Jarak Atas dan beberapa kampung berhampiran sudah tidak dapat menahan sabar kerana dihantui kesan debu tanah merah sejak lebih 50 tahun lalu berikutan projek kuari berhampiran kampung terbabit.

Selain Jarak Atas, turut berhadapan situasi itu penduduk Kampung Padang Menora dan Padang Chempedak selain pelajar sekolah yang berselisih dengan lori mengangkut tanah.

Berikutan itu, penduduk terpaksa menutup pintu bagi mengelak debu memasuki rumah selain mencuci cermin tingkap dua kali sehari .

Pengerusi Kariah Jarak Atas, Ismail Md Noh, berkata kira-kira 300 rumah berhampiran jalan terdedah kepada kesan debu dari lori yang lalu-lalang.

Katanya, ada dua projek kuari tanah merah berhampiran kampung membabitkan keluasan kira-kira 80 hektar .

“Setiap hari ada antara 50 dan 60 lori melalui jalan Jarak Atas dan meningkat kepada 100 lori pada Ahad serta cuti umum.

“Penduduk sudah bosan dengan situasi berkenaan yang dihadapi lebih 50 tahun lalu dan masih belum selesai walaupun banyak kali aduan dibuat kepada pihak berkuasa, ” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Ismail berkata, pihaknya turut membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung masalah itu.

Sebelum ini, katanya, aduan dibuat kepada Majlis Per- bandaran Seberang Prai, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengangkutan Jalan dan po- lis, tetapi masalah sama terus b erulang.

Penduduk, Husin Othman, 63, berkata keluarganya terpaksa menutup pintu serta mencuci cermin tingkap dua kali sehari kerana dikotori debu tanah merah.

“Kami sudah bosan dengan masalah debu. Saya sendiri menghidap penyakit jantung ditambah pula debu tanah menyebabkan saya sering sesak nafas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Luar CAP, Zulkifli Yusuf, berkata pihaknya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk.

“CAP kesal kerana penduduk sudah lama menghadapi masalah debu tanah merah dan tiada langkah konkrit diambil bagi menangani masalah berkenaan,” katanya .

No2umno - Sibuk bercerita tentang janji pembangkang yang kononnya tidak tertertunai, BN di hujani dengan pelbagari kritikan nyata dari rakyat tentang penyelewengan, mungkir janji pemerintahan mereka sendiri.

Di dalam menyekat sebarang berita sebegini, masih ada yang tersasar dan mencerita keburukan mereka. Persoalannya, Pembangkang tidak pernah tadbir negara, BN dan UMNO sudah memimpin sejak 50 tahun dahulu. Bukti keburukan mereka adalah lebih jelas. Cuma masih ada segelintir rakyat yang bodoh dan pengecut untuk tukar kerajaan. Masih ramai rakyat yang TAK DAK TELOQ kerana bimbang perang kalau BN tak jadi kerajaan. Ini macam punya bodohpun ada lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive