KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

MPAJ TERUS BUAT HAL


“Pusat Khidmat Masyarakat Pandan sering menerima rungutan penduduk yang merasa bimbang mengenai papan iklan gergasi itu seperti tiada jaminan daripada pihak berwajib bahawa ianya selamat serta tidak diketahui sama ada struktur papan iklan itu sudah diluluskan oleh mereka yang bertanggungjawab seperti jurutera atau arkitek.

Bantah papan tanda
Oleh Mohamad Hussin
HMetro

KUALA LUMPUR: Penduduk kawasan Pandan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah Kedua (MRR2) di sini, bimbang dengan pemasangan papan iklan gergasi di sepanjang laluan berkenaan yang tidak mematuhi syarat, malah ada yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Pandan, Iskandar Abdul Samad, berkata pihaknya mendapati terdapat lebih 20 papan iklan gergasi yang dipasang di laluan itu dan ada yang membahayakan kerana berhampiran dengan kawasan sekolah dan kediaman.

Menurutnya, penduduk berharap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengkaji semula syarat pemasangan papan iklan gergasi terutama di MRR2 kerana laluan berkenaan sentiasa sibuk dengan kenderaan dan boleh mengundang bahaya sekiranya papan iklan berkenaan tumbang. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive