KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

TERDESAK: BN GUNA PELAJAR UNDI MEREKA

Pelajar IPT boleh mengundi tetapi tidak boleh terlibat aktiviti politik
MStar

KOTA BAHARU: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed hari ini mengingatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bahawa mereka boleh mengundi jika nama tersenarai di dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jangan sekali-kali mengambil bahagian dalam aktiviti mana-mana parti politik.

Mustapa berkata pelajar tidak seharusnya hilang fokus terhadap tugas utama mereka iaitu belajar dan membiarkan diri dipengaruhi pihak tertentu untuk terlibat dalam politik.

"Mereka boleh mengundi jika berdaftar tapi tidak boleh ambil bahagian cergas dalam mana-mana parti politik termasuk melakukan demonstrasi dan seumpamanya. Kita tidak akan benarkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru 2008 kepada pelajar IPT awam dan swasta seluruh Kelantan di sini.
No2umnO - Kerajaan kini TERDESAK. Diberitahu ada beberapa orang ramai yang ditemui sebelum ini menyatakan bahawa terdapat ramai pengundi tahun ini terdiri dari remaja 18 tahun. Perubahan ini memberikan gambaran bahawa kerajaan berada di dalam keadaan terdesak menggunakan khidmat remaja dan pelajar untuk turun mengundi kepada mereka. Dan hari ini apabila Mustafa sendiri menjelaskannya. Tahun ini menyaksikan beberapa perkara pelik berlaku. Remaja rempit digunakan oleh UMNO untuk membawa pengundi ke lokasi mengundi dan pelajar digunakan untuk mengundi barisan nasional. InsyaAllah selepas ini, kita gunakan remaja ini untuk kuburkan Barisan Nasional dan UMNO.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive