KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

MANGSA BANJIR BUAT LAPURAN POLIS

Foto

12 penghuni lapor polis
HMetro

KUALA LUMPUR: Hampir 100 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak di sini, menanggung kerugian besar selepas sekali lagi flet itu dilanda banjir lumpur yang turut memasuki kenderaan separas lutut, malam kelmarin.

Banjir lumpur pertama kali berlaku pada 17 Januari lalu apabila paip air besar pecah berikutan pembinaan Lebuh- raya Duke dan malam kelmarin banjir lumpur melanda lagi.

Dua belas penduduk membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju malam tadi selepas tidak tahan lagi menanggung kerugian harta benda terutama kenderaan.

Dalam kejadian malam kelmarin, banjir lumpur berlaku berikutan limpahan air hujan dari longkang yang ditimbus tanah berikutan kerja pembinaan Lebuhraya Duke yang terletak berhampiran flet itu.

Seorang penduduk, Mohd Nasir Sakarani, 34, yang mengalami kerugian apabila keretanya dimasuki air selut mahu pihak bertanggungja- wab memberi pampasan kepada mereka yang menjadi mangsa .

“Siapa yang mahu tanggung kerugian kami kerana ini adalah kejadian kedua berlaku, padahal ia bukan salah kami , ” katanya .

Menceritakan kejadian itu, Rafizi Rasul, 26, berkata dia yang baru sampai di rumah terkejut apabila mendengar jeritan penghuni.

“Saya baru tiba di rumah dalam basah kuyup kerana hujan lebat apabila mende- ngar jeritan jiran. Walaupun berlari ke bawah untuk menyelamatkan kereta, tetapi terlambat kerana sudah di- masuki air.

“Air lumpur mengalir deras dan cepat memasuki kereta menyebabkan semua peralatan dalam kereta rosak,” katanya .

Seorang lagi mangsa, Ta- juddin Nudin, 35, berkata dia yang tiada di rumah ketika kejadian, bergegas pulang dan mendapati air sudah naik di kawasan berhampiran medan selera.

“Penghuni di flet panik ke- rana cuba menyelamatkan kenderaan masing-masing ke tempat lebih tinggi. Apabila saya tiba di kawasan rumah di Blok D, saya lihat hanya kereta saya yang tersadai di tepi flet.

“Dengan bantuan rakan dan jiran, kami menolak kereta ke kawasan selamat, tetapi air sudah memenuhi kereta se- hingga ke paras lutut. Nasib baik air tidak masuk ke enjin,” katanya .

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som ketika dihubungi berkata, banjir kali ini bukan disebabkan paip pecah, tetapi limpahan air hujan daripada longkang di kawasan berhampiran.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati longkang itu ditimbusi tanah daripada kerja pembinaan Lebuhraya Duke.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive