"Cuba kita bayangkan peningkatan sebenar kos hidup rakyat apabila harga beras, roti dan bijirin meningkat 5.1 peratus, ikan dan makanan laut (3.1 peratus), susu, keju dan telur (7.7 peratus), makanala sayur-sayuran sebanyak 5.1 peratus. Kadar ini adalah untuk tempoh sebulan sebelum Januari. Selepas kenaikan harga minyak masak dan tepung, roti canai telah mengalami kenaikan harga lebih 25 peratus kepada RM1 sebiji,"tambahnya.
Menteri manipulasi data inflasi, cuba sembunyi derita rakyat!
M Khaleel Kas
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang cuba memanipulasikan data inflasi untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya memberikan kebajikan kepada rakyat.
Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, tindakan Dato' Shafei Afdal yang cuba membandingkan kadar inflasi negara ini kononnya lebih rendah daripada negara lain lain seperti Singapura, Korea Selatan, China, Indonesia, Filipina dan Taiwan dianggap sebagai usaha untuk menyelamatkan karier politik sendiri.
"Inflasi adalah satu konsep tentang kadar kenaikan harga barang setelah membandingkan tahun / bulan semasa dengan tahun / bulan asas. Walau bagaimanapun, data yang ditunjukkan oleh Menteri tersebut hanya untuk tempoh antara November hingga Disember 2007. More...
0 comments:
Post a Comment