Skandal Rumah Tsunami Langkawi
pkrlangkawi
Setelah genap 3 tahun bencana tsunami melanda di Langkawi kesan tempias masih belum selesai. Baru-baru ini lebihkurang 15 orang mangsa-mangsa yang terlibat di Kg.Kuala Teriang telah gagal dapat rumah yang dibina untuk mangsa tsunami 2004. Mengikut wakil penduduk En.Ismail bin Taib mereka begitu kecewa kerana mereka adalah mangsa yang terlibat terus dengan kerosakan hartabenda seperti kemusnahan rumah, bot-bot dan peralatan serta kenderan dan peralatan rumah. Mengikut dengan lapuran polis yang diberikan semasa kejadian tersebut mereka ini memang mangsa yang terinaya dan tidak dapat pembelaan yang sebenar.
Paling menyedihkan pembahagian rumah tersebut diterima oleh oleh orang yang tinggal lebih jauh dari pantai dan juga tidak langsung kena dengan bencana tersebut. Ini kerana berpunca tiada pembahagian yang adil dan telus oleh Jawatankuasa yang terlibat dari Parti Pemerintahan yang ada sekarang. Dalam keadaan begini sepatutnya tiada orang yang mengambil kesempatan dari penderitaan mangsa-mangsa sebenar tsunami. Kita tidak hairan rakyat akan dipinggir lagi dalam janji-janji lunak menjelang Pilihanraya oleh pemimpin yang berselogan sepanjang masa dan akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam inflasi mencucuk naik.
Akhir sekali penduduk yang terlibat menyatakan amat takut tsunami yang lebih dashyat akan berlaku angkara perbuatan mereka yang tamak dan haloba bagi menengelamkan bumi Langkawi.
Jan 26, 2008
PENYELEWENGAN BANTUAN RUMAH TSUNAMI
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment