"Menteri Besar Perak dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar tempatan ada menyebut bahawa pembinaan bangunan tersebut pada peringkat awalnya banyak menghadapi masalah dan beliau sendiri tidak berpuas hati kerana bangunan tersebut yang mempunyai empat belas bilik itu sememangnya tidak ekonomik untuk kemudahan pelancong.
"Tajul Rosli sendiri mengakui pembinaan bangunan tersebut mengalami pelbagai masalah walaupun usaha-usaha dibuat untuk mengurangkan risiko pembinaan bangunan itu, ini bermakna sejak awal lagi bangunan tersebut mempunyai risiko untuk didirikan, tetapi setelah bangunan itu runtuh baru perkara ini diakui oleh Menteri Besar,"jelasnya.
Tajol Rosli hanguskan RM4.5 juta wang rakyat
Johari Jaafar
IPOH, 24 Jan (Hrkh) - Runtuhnya bangunan Kompleks Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Tasik Banding pada penghujung November tahun lalu bermakna 'hangusnya' wang rakyat sejumlah RM4.5 juta.
Ini kerana Kerajaan Negeri di bawah pentadbitan Dato' Seri Mohd Tajul Rosli Ghazali, tidak membuat penilaian menyeluruh sebelum bangunan tersebut didirikan.
Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah semalam. More...
Jan 26, 2008
Tajol Rosli hanguskan RM4.5 juta wang rakyat
Labels: Belit BN, Pembaziran BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment