KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

SHAFIE APDAL CUBA BODOHKAN RAKYAT

Rakyat perlu rasional harga barang – Shafie
Utusan Meloya 25/1/2008

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Rakyat di negara ini perlu rasional dalam mempertimbangkan soal kenaikan harga barangan kerana ia melibatkan masalah di peringkat global dan bukan hanya berlaku di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, ekonomi negara akan lumpuh dan sektor industri terpaksa gulung tikar sekiranya semua barangan terpaksa dijual dengan harga subsidi secara berterusan.

“Jika kerajaan memberikan semua harga barangan murah pada jangka panjang ia juga akan menyusahkan rakyat, ekonomi dan industri negara akan lumpuh.

“Benda ini kalau jangka masa pendek boleh dipertimbangkan tetapi untuk jangka masa panjang ia akan memberikan kesan negatif jadi orang ramai perlu rasional dalam mempertimbangkan soal kenaikan harga barangan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak yang dijadualkan pukul 3 petang esok di hadapan Menara Berkembar Petronas oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barangan (Protes).

Mohd. Shafie turut mempersoalkan kewajaran Protes atau pihak lain mengadakan demonstrasi yang disifatkannya sebagai tidak rasional sedangkan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai harga barangan terendah berbanding negara maju lain.

“Kenapa perlu membuat demonstrasi, negara lain seperti Amerika Syarikat, Singapura juga mengalami kenaikan harga barangan,” ujarnya.


Pada tahun lalu sahaja katanya, kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi sebanyak RM630 bilion terhadap minyak masak dan tiada negara lain yang mengawal harga ayam, telur, tepung dan gula seperti dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Tegasnya, keadaan ekonomi negara akan lebih buruk jika sektor industri pula yang mengadakan tunjuk perasaan kerana terpaksa menanggung kerugian ekoran terpaksa menjual barangan dengan harga yang murah setiap masa.

No2umnO - Berapa ramai kah antara rakyat Malaysia yang setuju dengan kenyataan BODOH seumpama ini. Pastinya mereka lebih BODOH dari Menteri yang BODOH.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive