KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

KWSP CUBA BELASAH WANG WARGA TUA

Wajib mencarum sehingga usia 75 tahun

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Bermula 1 Februari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tempoh tanggungan mencarum untuk pekerja dan majikan dari umur 55 tahun sehingga 75 tahun.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Ibrahim Taib berkata, arahan itu melibatkan semua ahli KWSP yang berusia sehingga 75 tahun sama ada yang belum pernah atau pernah mengeluarkan wang caruman semasa berumur 55 tahun.

‘‘Ini hasil inisiatif ‘bukan hanya simpanan’ yang kita pernah kenalkan. Ia memberi peluang ahli berumur lebih 55 tahun untuk terus bekerja.

‘‘Ahli juga bakal menikmati simpanan yang lebih selepas mereka bersara kelak,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis taklimat berhubung simpanan asas dan perubahan kadar caruman KWSP di sini hari ini.

Strategi berkonsepkan ‘bukan hanya simpanan’ diperkenalkan KWSP pada Oktober tahun lepas dalam usaha meningkatkan simpanan 11.4 juta pencarumnya.

KWSP kini mempunyai 661,000 ahli berumur lebih 55 tahun dan 84,000 daripada mereka masih bekerja.

Jelas Ibrahim, pekerja yang berumur 55 tahun ke atas akan diwajibkan mencarum tetapi kadarnya hanyalah separuh jika sudah membuat pengeluaran semasa berumur 55 tahun.

‘‘Caruman wajib untuk pekerja ialah 11 peratus, kita jadikannya 5.5 peratus manakala majikan sebanyak enam peratus daripada 12 peratus.

‘‘Dividen juga terus diterima ahli sehingga umur mereka mencecah 75 tahun,’’ ujarnya.

Oleh itu katanya, simpanan yang tidak dikeluarkan pada umur ahli mencecah 75 tahun akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila mereka berumur 80 tahun.

Ibrahim turut memberi amaran kepada semua majikan supaya mencarum setiap pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun untuk mengelakkan sebarang hukuman.

‘‘Majikan yang gagal akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 46, Akta KWSP 1991 jika gagal berbuat demikian.

‘‘Hukumannya, didenda maksimum sebanyak RM10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,’’ ujarnya. UTUSAN MALAYSIA

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive