KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 26, 2008

JANGAN BERI HARAPAN PALSU DAN CIPTA SYIRIK

ImageISUHANGAT

Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim menasihati supaya para bomoh mahupun paranormal yang menawarkan khidmat mengesan Sharlinie Mohd Nashar yang hilang agar tidak memberi harapan palsu kepada kepada keluarga mangsa.

Kamal berkata dalam beberapa kes penculikan, terdapat ramai bomoh tampil memberi jaminan dengan khidmat yang diberikan akan dapat menemui mangsa culik dengan segera sedangkan sebaliknya merupakan harapan palsu yang menyebabkan keluarga mangsa akan merasa lebih tertekan dan derita.

"Jangan memberi harapan palsu dan mencipta syirik kepada Allah SWT," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net baru-baru ini.

"Dalam kes lepas sejumlah 73 paranoramal, pawang atau bomoh telah berjanji akan menemui mangsa namun satu pun tidak berjaya," katanya.

Kamal berkata, dalam kes Nurin Jazlin Jazimin, bapanya pernah meminta beliau menyaksikan sendiri dua bomoh yang datang ke rumah untuk mengesan kehilangan anaknya itu.

"Dua bomoh ini mengatakan mereka pakar dan begitu angkuh menyatakan Nurin telah 'disembunyikan' oleh orang bunian di atas sebatang pokok," katanya

"Lantas saya menggesa mereka segera 'menurunkan' Nurin daripada pokok tersebut namun mereka memberi helah termasuk menyatakan ada perjanjian antara Raja Bunian dan akan membawa kembali Nurin dalam jangkasa masa terdekat," katanya
.

Semenjak itu, Kamal sering menghubungi bomoh terbabit untuk mendapat maklum balas, namun pelbagai alasan diberikan sehinggalah kanak-kanak malang ini ditemui 27 hari kemudian dalam keadaan yang menyayat hati.

Dalam pada itu Kamal juga tidak bersetuju dengan penawaran ganjaran kepeda orang ramai bagi mengesan mangsa culik. "Nak beri ganjaran atau nak jadikan orang sebagai hero atau 'dewata' semuanya boleh dilakukan tetapi selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu. Tak payah hebahkan," kata bekas anggota polis itu.

Kamal menjelaskan bagi penjenayah yang pertama kali menculik, ganjaran tersebut akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya dan hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.

Lebih parah katanya jika penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini dan bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.

Beliau menyarankan agar wang ganjaran itu, atau mana-mana pihak yang ingin mebri imbuhan supaya menyalurkan wang tersebut kepada pertubuhan-pertubuhan cegah jenayah sepert PS the childern (Please Save the Children) atau PIBG sekolah yang ingin menganjurkan program cegah jenayah ataupun pencegaha penculikan.

"Adalah lebih baik menyalurkan ganjaran tersebut kepada mereka kerana pertubuhan ini perlukan dana untuk anjurkan program seperti itu. Wang tersebut boleh membendung, mencegah dan mengurang risiko jenayah dan penculikan daripada berlaku.

"Kenapa setiap kali penculikan terbaru ada ganjaran yang diberikan dan bagaimana kes 10 tahun lalu yang belum ditemui mangsa, tiada ganjaran yang diberikan?"

"Bagi saya yang penting adalah kejujuran," katanya yang turut mempunyai laman blog sendiri iaitu www.kamalfndhashim.blogspot.com

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive