KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 20, 2008

PERJUANGAN UMNO DAH BERCELARU

Skim Peluang Pendidikan Kedua Dibuka Kepada Belia Bukan Melayu

SHAH ALAM, 20 Jan (Bernama) -- Skim Peluang Pendidikan Kedua anjuran Putera Umno yang diwujudkan untuk membanteras gejala sosial dan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia Melayu akan dibuka kepada kaum lain di negara ini.

Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata skim ini dibuka kepada belia kaum lain bertujuan menggalakkan persaingan sihat dan memberi peluang sama rata kepada semua belia di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata, melalui skim ini, semua belia berusia 18 hingga 25 tahun yang tercicir dalam pelajaran berpeluang menyambung pendidikan di peringkat kemahiran dalam bidang automotif, perhotelan dan kejururawatan dan seterusnya dibantu untuk mendapatkan pekerjaan.

Terdapat 30,000 peluang pelajaran melalui skim ini yang mendapat sokongan penuh kerajaan bagi mereka yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon menyertainya, katanya kepada pemberita selepas merasmikan tayangan perdana filem "1957 Hati Malaya" di sini hari ini.
No2umnO - Bila sudah hampir pilihanraya, macam macam perkara pelik sudah berlaku. Kumpulan manusia yang mengangkat keris berbicara tentang perjuangan Melayu akhirnya akur dengan bangsa lain untuk diperjuangkan bersama. Atas nama Pengerusi Putera UMNO, melolong untuk memperjuangkan bangsa lain. Sedangkan bangsa Melayu sendiri pun ramai keciciran. Berapa ramai bangsa Melayu yang masih merempit dan tidak tentu hala tujuan hidup dan kini pemimpin Putera UMNO cuba menjadi jaguh bangsa asing.

Sedarlah UMNO bahawa bangsa lain mempunyai pemimpin mereka sendiri. Malah pemimpin bangsa cina lebih berjaya dari pemimpin bangsa Melayu. Jangan lah cuba menjadi jaguh di padang orang lain sedangkan di padang sendiri kalah tersungkur. Mengutuk bangsa lain dan sekarang kembali bersujud kononnya memperjuangkan hidup majmuk. UMNO cuba menjadi dewa, bila pilihanraya hampir tiba. Bangsa lain pun tahu umpan yang UMNO cuba lemparkan.


Memang sah, pemimpin UMNO talam dua muka, ular dua kepala, makhluk dua jantina. Anak beruk di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan dan akhirnya dahaga kering dan kontang.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive