KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 21, 2008

UMNO MAHU BANTU 40,000 ANAK KAUM INDIA TANPA KAD KELAHIRAN

40,000 anak India tiada surat beranak

SHAH ALAM 20 Jan. – Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani masalah kira-kira 40,000 anak kaum India luar bandar di seluruh negara yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, pasukan tersebut akan memasuki kawasan terpencil khususnya ladang untuk mengumpul maklumat terperinci bagi membolehkan golongan itu mendapat dokumen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Selangor menambah, kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu latar belakang kanak-kanak terbabit termasuk ibu bapa mereka sebelum mengeluarkan sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya penipuan.

“Terdapat kira-kira 40,000 anak kaum India yang tidak mempunyai surat beranak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Menteri Besar Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kaum India di sini malam tadi.

Menurut Mohamad Khir, sebagai permulaan, kesemua mereka akan dibenarkan mendaftar di mana-mana sekolah kerajaan berkuat kuasa tahun ini bagi membolehkan pendidikan sempurna dapat diberikan.

“Kerajaan mahukan semua rakyat dari setiap kaum mendapat peluang yang sama rata dalam semua bidang termasuk pendidikan.

No2umnO - Kini setiap kenyataan di dalam membantu kaum India akan menggunakan nama UMNO. Bukan lagi BN, tetapi UMNO untuk kaum India. Kalau berita dibawah menceritakan tentang peluang kursus percuma kepada kaum India oleh Putera UMNO, kini berita yang hampir serupa.

Budaya "janji pilihanraya" kali ini sangat belainan berikutan hilangnya kepercayaan kaum India terhadap parti komponen Barisan Nasional, MIC disamping kritikan bangsa tersebut terhadap UMNO. Kini usaha memulihkan nama UMNO di dahului dengan janji janji manis kepada kaum India dengan tajuk 40,000 anak tanpa kad kelahiran. Benarkan fakta ini atau ianya satu gimik politik? Kalau benar ada jumlah tersebut, maka berapa lama pemimpin UMNO mahu selesaikannya? Adakah cukup beberapa hari sebelum pilihanraya?

Selepas ini tidak hairan kalau ada sasaran tempoh penyelesaian masalah ini sehingga tahun 2013 nanti. Mahu kad Kelahiran, undi UMNO, Undi BN. kasihan kaum India akan terus ditipu oleh pemimpin HIPOKRIT.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive