KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 21, 2008

LEWAT RAWATAN TAPI MATI MENGEJUT

Kematian Yashovan bukan jenayah – Polis
kosmo

SUBANG JAYA – Tiada unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian pelajar tingkatan tiga yang terjatuh dari bangunan tingkat dua Sekolah Menengah Seksyen 1 Bandar Kinrara, Puchong pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada beberapa kakitangan sekolah termasuk rakan-rakan mendiang K. Yashovan, 15.

“Berdasarkan keterangan tersebut, pihak polis masih tidak mendapati sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Sehubungan itu, kita masih mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan belum ada tangkapan dilakukan setakat ini,’’ katanya ketika dihubungi semalam.


Jumaat lalu KOSMO! melaporkan, seorang lelaki, A. Presnath mendakwa, pihak sekolah membiarkan adik saudaranya, K. Yashovan selama sejam untuk mendapatkan rawatan setelah terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah.

Menurutnya, apa yang dikesalkan, pihak sekolah enggan memberi sebarang penjelasan berhubung kejadian tersebut yang telah menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala.

No2umnO - Lambat dapat rawatan tapi diistihar mati mengejut. Siapa terkejut?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive