“Ini janji Barisan Nasional (BN), kita mesti hapuskan kemiskinan tegar semua kaum pada 2010. Saya akan kerja selagi ada kekuatan, kerajaan akan bekerja... kita akan pastikan tidak ada mana-mana kaum tertinggal, kita bela semua kaum.
“Ini janji saya kepada anda, kita akan terus bekerja,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan yang dihadiri 21,000 orang di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, di sini, semalam.
Tiada miskin tegar 2010
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa tertinggi di peringkat Kabinet untuk menangani kemiskinan tegar di kalangan semua kaum di negara ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mensasarkan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan semua kaum pada 2010. more...
No2umnO - dari zaman Mahathir membawa kepada Pak Lah. Bila berucap tentang kemiskinan, maka ada lah Tahun sasaran basmi kemiskinan. Kali ini tahun sasarannya adalah 2010. Kalau tidak mahu jadi miskin kena undi BN dan tunggu tahun 2010. Kalau masih miskin undi lagi tahun 2013 dan akan ada sasaran baru. Mungkin tahun 2020. Seterusnya begitulah setiap kali pilihanraya. Janji serupa, usaha tiada, tempoh sasarannya sahaja berbeza. Malah tertunda tunda.
0 comments:
Post a Comment