KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 21, 2008

PEJABAT TANAH GOMBAK SELEWENG?

Nama dalam geran hilang
Oleh Efindi Badarudin (Metro)


GOMBAK: Kecuaian dan kelemahan Pejabat Tanah Gombak didakwa mengakibatkan nama seorang doktor yang juga pemilik tanah pusaka di Kampung Changkat di sini, dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab daripada geran tanah itu tanpa pengetahuannya.

Doktor yang memiliki tanah pusaka itu sejak 12 tahun lalu turut terkejut apabila nama tiga individu lain yang tidak dikenali atau berkaitan dengan tanah pusaka terbabit dimasukkan dalam geran sebagai pemilik.

Mangsa Dr Zakaria Mohd Ali, 53, berkata ketika membuat pemeriksaan dia mendapati namanya bersama satu penama lain yang masing-masing memiliki 1/6 bahagian dalam geran yang dikongsi bersama dua penama lain, hilang dan diganti dengan tiga penama baru itu.

Menurutnya, beliau menyedari kehilangan namanya apabila dimaklumkan seorang saudaranya mengenai perkara itu, pertengahan 2006 lalu.

Beliau berkata, sebaik menyedari perkara itu, beliau membayar RM50 untuk mendapatkan sijil carian rasmi di pejabat tanah berkenaan pada 6 September 2006 dan mendapati namanya tiada dalam senarai pemilik tanah hak milik GM 619, lot 1845, Mukim Setapak.

“Saya kesal kerana nama saya hilang dalam senarai pemilik tanah itu sedangkan tidak pernah melakukan sebarang urusan jual beli tanah pemberian arwah ibu dan percaya terdapat kegiatan sindiket penipuan sehingga menyebabkan nama saya terkeluar dari senarai pemilik tanah terbabit.

“Berikutan itu, nama saya dan seorang lagi pemilik yang dipercayai sudah meninggal dunia di Indonesia pada 1960-an diganti dengan tiga penama lain dalam geran terbabit.

“Aduan mengenai perkara itu kemudian dibuat kepada Pejabat Tanah Gombak menyebabkan beberapa pegawai pejabat tanah serta ketua kampung melawat dan berjanji akan menyiasat masalah terbabit tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Kampung Changkat di sini, semalam.

Dr Zakaria berkata, bagaimanapun, selepas lebih setahun berlalu, tiada sebarang jawapan diterima daripada Pejabat Tanah Gombak mengenai masalah kehilangan namanya dalam geran terbabit.

Beliau berkata, dengan bantuan adiknya, beliau sekali lagi melakukan carian rasmi di pejabat berkenaan pada 10 Disember lalu dan mendapati namanya sudah dimasukkan semula.

Bagaimanapun, katanya, beliau yang tidak berpuas hati dengan pecahan syer tanah dalam carian rasmi berkenaan menjadi 14/12 kemudian membayar RM50 di pejabat berkenaan untuk mendapatkan salinan geran tanah itu.

“Selepas menunggu tiga hari untuk memperoleh salinan geran itu, saya kecewa apabila mendapati nama saya belum dimasukkan semula sebagai pemilik tanah dalam geran terbabit.


“Berikutan itu, kakitangan pejabat berkenaan berjanji kepada adik saya untuk menghubunginya dan memaklumkan tindakan mereka. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini mereka gagal untuk menghubungi adik saya atau saya,” katanya.

Sehubungan itu beliau beliau membuat laporan di Balai Polis Gombak di sini, pada 26 Disember lalu.

Beliau juga merancang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive