KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 21, 2008

KESILAPAN MEDIA MEMIHAK KEPADA HINDRAF



Utusan Melayu : 40,000 anak India tiada surat beranak
SHAH ALAM 20 Jan.-Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani masalah kira-kira 40,000 anak kaum India luar bandar di seluruh negara yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, pasukan tersebut akan memasuki kawasan terpencil khususnya ladang untuk mengumpul maklumat terperinci bagi membolehkan golongan itu mendapat dokumen berkenaan.

Secara tidak sengaja, berita ini telah membuat UMNO dan BN pening kepala. Sedang mereka menolak tuduhan HINDRAF tentang perkauman dan peminggiran kaum India di Malaysia, media Utusan malaysia telah melapurkan sebaliknya.

40,000 anak India tidak mempunyai surat beranak. Kenapa mereka tiada surat kelahiran? Adakah kerana mereka tidak ambil berat atau mereka tidak mampu? Masakan seorang rakyat Malaysia tidak mahu menyediakan surat kelahiran kepada anak anak mereka? Bukan kah mereka tahu bahawa hanya dengan surat beranak sahaja yang mampu membezakan status kerakyatan dan meneruskan segala urusan?

HINDRAF pasti tersenyum riang dengan kenyataan ini kerana ia membuktikan kebenaran akan tuduhan mereka selama ini. Maka benarlah maksud dan tujuan perhimpunan yang dibuat?

Kerajaan sudah panik. Semakin ditutup, semakin dia terbuka. Semakin ditimbus, semakin dia terkeluar. Semakin dipendam, semakin dia terbongkar.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive