Pakar akui gejala gugur janin kian berleluasa
kosmo
KUALA LUMPUR – Aktiviti ‘mencuci’ janin tanpa mendapatkan nasihat doktor diakui memang wujud dan berleluasa khususnya membabitkan remaja wanita.
Malah menurut mereka, aktiviti berisiko itu telah wujud sekian lama tetapi yang berbeza hanyalah pendekatan yang digunakan untuk menggugurkan kandungan.
Pakar Sakit Puan, Dr. Mohd. Ismail Thamby ketika dihubungi mengesahkan menyedari ‘barah’ sosial itu yang kian merebak di kalangan golongan gadis remaja.
“Saya mengakui memang menyedari aktiviti menggugurkan kandungan tanpa merujuk kepada pengamal perubatan bertauliah ini,” katanya.
Menurut Mohd. Ismail, pengambilan ubat tertentu untuk tujuan itu kini lebih popular berbanding kaedah ‘kuno’ yang digunakan dalam masyarakat sebelum ini. More...
Jan 21, 2008
ISLAM HADHARI, GUGUR ANAK HARI HARI
Labels: Gugur anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment