Tidak ada pilihan, kecuali tukar kerajaan - BERSIH
dipetik Buletinonle
Kuala Nerus, 20 Jan – Rakyat negeri Terengganu tidak ada pilihan pada Pilihanaraya Umum(PRU) yang akan datang ini kecuali menukar kerajaan UMNO/BN yang sedang memerintah sekarang kepada kerajaan PAS.
Perkara ini dinyatakan didalam majlis ceramah BERSIH pada malam ini, di Pekan Batu Enam, sempena hari perbicaraan Azman, Suwandi dan 18 orang yang lain yang dituduh oleh kerajaan UMNO/BN, sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Kerajaan UMNO/BN menuduh mereka kerana UMNO/BN takut akan kalah didalam pilihanraya akan datang berdasarkan isu dan peristiwa yang berlaku didalam negara ini.
Pengerusi BERSIH, Tuan Hj Mohamad Sabu menyatakan “apabila Presiden PAS membuat kenyataan menolak tuntutan melampau HINDRAF berkaitan kuil dan pembersihan etnik, tetapi menyokong tuntutan berasaskan keadilan dan ekonomi, menyebabkan mereka mula mendengar penerangan PAS dan menyokong pembangkang”
“Keadaan ini menyebabkan UMNO/BN mungkin kalah di kawasan majoriti orang India dan mula mengambil tindakan ‘lembut’ kepada HINDRAF tetapi mengambil tindakan keras terhadap PAS, termasuk mendakwa mangsa tembakan peluru hidup serta 18 yang lain berdasarkan Peristiwa Berdarah Batu Burok” ujar Mad Sabu lagi. |more...|
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment