KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 28, 2008

50 km ... terlalu dekat


Larang beli minyak di Kedah - Jarak 30 hingga 50km terlalu dekat bagi warga Thailand

kosmo - [...] Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berpendapat, larangan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing di stesen-stesen minyak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer (km) tidak dapat membendung kegiatan tersebut memandangkan jarak tersebut masih dekat.

Katanya, beliau percaya selepas ini kenderaan dari Thailand akan terus mencari stesen minyak di luar jarak tersebut.

"Dari Bukit Kayu Hitam ke Jitra pun dah dekat 30km, mereka boleh datang ke Alor Star untuk isi minyak, jadi lebih baik larang seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan kerajaan memutuskan semua stesen minyak di sempadan negara dilarang menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, larangan itu membabitkan stesen minyak dalam jarak 30 hingga 50km di kawasan sempadan negara.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive