KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Toll. Show all posts
Showing posts with label Toll. Show all posts

Nov 24, 2008

Deputy minister grilled over toll deals

Star | ...Several opposition MPs also stood up, saying that they were unsatisfied with Yong’s replies on their queries on whether the toll rates would be reviewed.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN–Pasir Salak), known to enter into fiery verbal matches with opposition MPs, urged Yong to ask the Government if it could ask highway concessionaries to further reduce the toll rates.

“Maybe no one had realised that more motorists were using the highways now. The traffic rate has also increased tremendously to about six million vehicles at the tolled highways now.

“This means that the concessionaries will have billions in extra profit, which I think the Government can retake to help the people,” he added.... more.
Wakakakak ... menteri ni nak tipu rakyat Malaysia. Kenderaan bertambah banyak, tapi 10% diskaun waktu malam. Bodoh kira ke menteri ni? Wakakakakakak
Bodoh pun boleh jadi menteri ... wakakakak

Nov 21, 2008

Bagi diskaun tol sepanjang hari

kosmo | Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahu diskaun tol 10 peratus untuk kereta persendirian di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite dilanjutkan sepanjang hari dan bukannya hanya dari 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, potongan tol itu juga perlu diperluas kepada semua jenis kenderaan termasuk lori dan bukan hanya terhad kepada kereta persendirian.

"Kenapa kita perlu menggalakkan orang ramai menggunakan lebuh raya pada tengah malam sehingga 7 pagi...adakah anda nak beritahu, lebuh raya selamat digunakan pada tengah malam berbanding siang hari?" katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen semalam.

Tiong berkata banyak maklum balas diterima daripada orang ramai yang melahirkan rasa kecewa kerana mereka merasakan kerajaan tidak ikhlas dalam memberikan diskaun itu.
Tahniah BBNBC ... benda baik kita setuju.
Tak kira UMNO atau PR yang bantu.
Kita rakyat ... nak yang terbaik. Untung pada kita. Kita sokong. Tapi kalau ada yang cengkelat tu.. sorry la.
Undi la sendiri.
Wakakakakakak ....

Nov 16, 2008

Tol Plus turun

Harian | Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi menjelaskan persetujuan berkenaan dicapai selepas kerajaan mengadakan rundingan dengan semua syarikat pemegang konsesi, termasuk Plus bagi menilai semula bayaran tol lebuh raya di seluruh negara, sejak beberapa bulan lalu.... selanjutnya.
Jangan harap TOL turun lebih lebih ....

Jun 8, 2008

Caj Tol turun?

bermimpi kah aku ... atau sekadar lawak jenaka buat hilang duka

bharian - [...] Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan sudah memulakan kajian dan rundingan dengan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menilai semula kadar tol, termasuk menurunkan kadarnya.

Beliau berkata, antara perkara diambil kira dalam kajian yang akan mengambil masa tiga bulan itu ialah unjuran trafik, klausa perjanjian, kadar tol, tempoh konsesi serta jumlah pembiayaan yang diperlukan bagi sesebuah syarikat membayar balik pinjaman, menyelenggara dan menjalankan operasi.

"Kita tidak boleh membuat keputusan sekarang kerana jawatankuasa khas masih melakukan kajian dan meneruskan rundingan dengan syarikat pemegang konsesi tol lebuh raya negara ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kelmarin yang menyarankan kerajaan menurunkan atau memansuhkan kadar tol lebuh raya sebagai usaha proaktif mengurangkan beban rakyat berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, bermula Khamis lalu.... selanjutnya.

May 28, 2008

Untung PLUS RM719.48?

Bayaran tol meningkat, untung pun mesti meningkat. Itu tandanya kenaikan harga bukan lah kerana tanggung kos yang meningkat. Sehingga sekarang kita tak di dedahkan dengan perjanjian konsessi. Entah apa rahsia di sebalik? Kita juga yang tanggung kos...Siapa pula yang tanggung untung?

baca ini

plus highway 050105 toll boothsKeuntungan sebelum cukai PLUS Expressways Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2008 meningkat kepada RM384.077 juta berbanding RM265.870 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan menokok kepada RM719.418 juta berbanding RM523.992 juta sebelumnya.

Dalam satu kenyataan semalam, PLUS menyatakan keputusan kewangan bagi suku pertama 2008 secara amnya menunjukkan peningkatan dengan penyertaan tiga anak syarikat milik penuh yang baru diambil alih, iaitu Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd (Linkedua) dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn Bhd (KLBK). - Malaysiakini

Jan 3, 2008

TERIMA KASIH BN

Kadar Baru Tol Di Tambak Johor Dan Link Kedua Mulai 1 Februari

SINGAPURA, 3 Jan (Bernama) -- Kenderaan yang melintasi Link Kedua Tuas dan Tambak Johor yang menghubungkan Singapura dengan Semenanjung Malaysia terpaksa membayar lebih bila kadar tol yang disemak semula dikuatkuasakan mulai 1 Februari.

Kesemua pengguna kenderaan yang melalui Link Kedua Tuas dari kedua-dua hala perlu membayar tambahan antara $0.10 dan $4.40 sementara kenderaan jenis tertentu yang hanya keluar dari republik ini menerusi Tambak Johor dikenakan bayaran tambahan $0.10 atau $0.20.

Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) berkata kadar tol republik itu dikaitkan dengan tol yang ditetapkan oleh Malaysia.

"Semakan kadar tol semasa Singapura di kedua-dua laluan mengambil kira kadar baru yang dikuatkuasakan oleh Malaysia pada 1 Januari, dan kadar pertukaran Dollar Singapura-Ringgit Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Kadar yang disemak semula bagi setiap hala Link Kedua ialah S$0.70 bagi motosikal, naik dari S$0.60 ketika ini, kereta S$4.60 (dari S$3.70), van dan lori kecil S$10.50 (S$8.30), lori S$21 (S$16.60), teksi S$3.50 (S$2.70) dan bus S$5.60 (S$4.40).

Bagi lalu lintas keluar di Tambak Johor, hanya van, lori dan bus kecil dan besar terjejas oleh kadar baru itu, sementara kadar bagi kereta dan teksi masing-masing kekal S$1.20 dan S$0.60.

Bayaran tol bagi van dan lori kecil ialah S$1.90 dari S$1.80 ketika ini, sementara lori besar S$2.60 dari S$2.40.

Tidak ada bayaran dikenakan ke atas motosikal yang menyeberang ke Johor Baharu.

Kadar tol sekarang untuk Link Kedua dan Tambak Johor masing-masing dikuatkuasakan pada Julai 2005 dan Mac 2002.

No2umnO - nampaknya 2008 akan bertambah cermerlang , gemilang dan lintang pukang.

Jan 2, 2008

Samy di India, Tol terus naik



dipetik: becok
Perhatian kepada pengguna Lebuh Raya berikut:

1) Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson,
2) Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite),
3) Lebuh Raya Kulim-Butterworth,
4) Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua),
5) Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan
6) Plaza Tol Bukit Kayu Hitam.

Harga tol telah naik lagi bermula 1 Januari 2008 antara 7% hingga 50%.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam kenyataannya berkata keenam-enam lebuh raya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan kenaikan itu tidak akan melibatkan ramai pengguna.

Dalam pada itu, kerajaan juga perlu membayar pampasan sebanyak RM 344 Juta masing-masing RM75 juta kepada syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) bagi tahun 2008 kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60 pada tahun lalu dan sebanyak RM27 juta kepada Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) bagi tempoh 2005 hingga 2007.

InsyaAllah, cukup masa tol-tol lain juga akan dinaikkan.

Terima kasih. Satu lagi Projek Barisan Nasional!

* Sumber : Bernama

Posting terkini

Blog Archive