Kadar Baru Tol Di Tambak Johor Dan Link Kedua Mulai 1 Februari
SINGAPURA, 3 Jan (Bernama) -- Kenderaan yang melintasi Link Kedua Tuas dan Tambak Johor yang menghubungkan Singapura dengan Semenanjung Malaysia terpaksa membayar lebih bila kadar tol yang disemak semula dikuatkuasakan mulai 1 Februari.
Kesemua pengguna kenderaan yang melalui Link Kedua Tuas dari kedua-dua hala perlu membayar tambahan antara $0.10 dan $4.40 sementara kenderaan jenis tertentu yang hanya keluar dari republik ini menerusi Tambak Johor dikenakan bayaran tambahan $0.10 atau $0.20.
Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) berkata kadar tol republik itu dikaitkan dengan tol yang ditetapkan oleh Malaysia.
"Semakan kadar tol semasa Singapura di kedua-dua laluan mengambil kira kadar baru yang dikuatkuasakan oleh Malaysia pada 1 Januari, dan kadar pertukaran Dollar Singapura-Ringgit Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Kadar yang disemak semula bagi setiap hala Link Kedua ialah S$0.70 bagi motosikal, naik dari S$0.60 ketika ini, kereta S$4.60 (dari S$3.70), van dan lori kecil S$10.50 (S$8.30), lori S$21 (S$16.60), teksi S$3.50 (S$2.70) dan bus S$5.60 (S$4.40).
Bagi lalu lintas keluar di Tambak Johor, hanya van, lori dan bus kecil dan besar terjejas oleh kadar baru itu, sementara kadar bagi kereta dan teksi masing-masing kekal S$1.20 dan S$0.60.
Bayaran tol bagi van dan lori kecil ialah S$1.90 dari S$1.80 ketika ini, sementara lori besar S$2.60 dari S$2.40.
Tidak ada bayaran dikenakan ke atas motosikal yang menyeberang ke Johor Baharu.
Kadar tol sekarang untuk Link Kedua dan Tambak Johor masing-masing dikuatkuasakan pada Julai 2005 dan Mac 2002.
No2umnO - nampaknya 2008 akan bertambah cermerlang , gemilang dan lintang pukang.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment