dipetik: syukran.wordpress
Islam amat menitikberatkan umatnya agar berhati-hati ketika terlibat dalam urusniaga yang melibatkan hutang. Ini adalah kerana semua pinjaman bersyarat terlebih dahulu dalam menetapkan keuntungan adalah riba dan sebarang penambahan pada jumlah pokok hutang adalah dilarang sama sekali oleh Islam bersesuaian dengan ayat Al Quran dalam surah al-Baqarah ayat 279.
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa riba yang diharamkan adalah jumlah faedah yang mempunyai sifat berganda-ganda sahaja, manakala faedah yang sedikit misalnya tiga peratus seperti yang dikenakan PTPTN ini tidak termasuk dalam riba yang dilarang kerana ia tidak membebankan dan tidak menindas.
Hujah ini dilihat sama dengan kenyataan Mufti Johor yang meletakkan kadar tiga peratus yang agak rendah berbanding caj pentadbiran yang dikenakan oleh syarikat-syarikat yang berorientasikan keuntungan. Mereka berhujah dengan mengatakan bahawa Islam hanya mengharamkan riba yang berganda-ganda sahaja berdasarkan surah Ali Imran ayat 130. Oleh itu, pendapat yang mengatakan riba diharamkan bagi yang bersifat berlipat ganda (ad’af mudho’afah) adalah juga tidak berasas.
Sebenarnya pengharaman riba ad’af mudho’afah melalui ayat 130 Surah ali Imran (wahyu ketiga dalam siri ayat-ayat yang diturunkan mengenai riba ) bukanlah bersifat mutlak. Ayat ini bukanlah bertujuan mengkhususkan jenis riba yang diharamkan kerana ia diwahyukan lebih awal dari ayat terakhir mengenai riba iaitu ayat 275-281 surah Al Baqarah. |more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment