KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 3, 2008

NASIB BAIK KALI INI BUKAN AKU?

Tua bukan wajah, Lemah bukan rupa. Dimana ada keinginan, disitu ada jalan. Makin berkuasa, makin menggila kerana fikir "dunia ini ana yang punya". Tidak banyak pemimpin Barisan nasional yang marah dengan sikap Soi Lek kerana ramai yang urut dada rasa tanda lega. Ini masa dia, masa aku .... bila? BN Lega kerana musuh sudah tiada dan BN lega kerana kali ini bukan dia.

Kerana mungkin lumrah digelar pemimpin. Bergelumang dengan nafsu dan nafsi. Cuma membezakan mereka adalah liciknya permainan dan sejauh mana rahsia dapat disimpan.

Tempat rahsia, masa tidak sekata atau jauh dari musuh mereka. Di Malaysia mereka tidak selamat, kerana musuh ada dimana mana. Kerana itu ramai yang keluar negara kerana disana tiada kamera. Disana lebih privasi. Maka bebas lah mereka lakukan apa yang mereka mahu. Tapi jangan hairan kerana tempat bulan persoalan. Bila nafsu gila mendatang, tepi jalan, dalam kereta, depan orang .... tak hairan.

Apa kata Pak Lah?
Apa kata Najib?
Apa kata Noh Omar?
Apa kata Khairy?
Apa kata Nazri?
Apa kata Shahidan?
Apa kata Hisamuddin?
Apa kata semua pemimpin Barisan Nasional?
Apa kah mereka tiada pengalaman ini?

Mungkin ada yang berkata ......"Nasib baik bukan aku" atau sepatutnya mereka berkata, "Nasib baik kali ini bukan aku."

(Imej terbaru: KLIK)

Sepandai pandai tupai melompat, akan jatuh juga. Tupai jatuh kerana kesalahan sendiri, rakus terburu buru dan bernafsu melulu, ingat bila sudah pandai melompat, semuanya ambil mudah dan tika itu tupai tersungkur menyembah tanah.

Ada peluang, ramai lagi yang bakal terdedah. Mahu nafi, itu bukan soalnya tetapi aib mereka semua orang akan tahu. Balasan dunia, siapa yang boleh duga kerana ia datang tidak kira masa. Leka, lupa, gila kuasa, iman tiada ......dan aib pun bakal menjelang tiba.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive