Yang tidak bermoral di Selangor dari kalangan Umno bagaimana?
Roslansms
Akhirnya kerana kononnya menghormati amalan Islam Hadhari, dan menganggap rakyat Malaysia mengamalkan pendekatan "Holier than thou", semuanya macam Ulamak (kata Dr Chua), Menteri Kesihatan yang juga ahli Parlimen Labis dan Naib Presiden MCA meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti setelah mengaku beliaulah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang rakamannya kini menjadi DVD dan disebarkan ke seluruh negara.
Sekurang-kurangnya kata Dr Chua beliau berani mengaku dan memikul tanggungjawab. Beliau tidak pernah menafikan perkara tersebut atau mengatakan yang rakaman itu direka-reka (sebagaimana setengah-setengah pihak lain).
Lalu episod Dr Chua ini mengingatkan saya kepada apa yang berlaku di Selangor satu ketika dahulu. Kerajaan Selangor bukan sekadar menjaja Islam Hadhari sebagaimana di Pusat malah kerajaan Khir Toyo juga kononnya mengamalkan Dasar Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005, dimana melalui dasar itu Selangor mahu melahirkan masyarakat madani yang dilimpahi dengan insan-insan rabbani.
Tetapi apabila meletup skandal seorang ahli parlimen Umno Selangor bergomol dengan seorang ahli dewan negara Umno Selangor (yang kedua-duanya masing-masing telah ada suami dan isteri) tidak pula berlaku apa-apa sebagaimana yang berlaku ke atas Dr Chua seorang tokoh MCA yang bukan Islam! |more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment