Lonjakan penagih baru
Harian Metro
SEREMBAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan seramai 279 penagih baru di negeri ini sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak kira-kira 63 peratus sekali gus meletakkan Negeri Sembilan sebagai negeri paling tinggi dari segi kadar penagih baru di negara ini.
Bagi tempoh itu, agensi berkenaan merekodkan seramai 717 penagih berbanding hanya 438 orang sepanjang 2006.
Situasi itu membimbangkan kerajaan negeri kerana golongan paling ramai yang menagih membabitkan belia berusia 13 hingga 39 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Jamlus Aziz, berkata walaupun dari segi jumlah penagih dadah kurang jika dibandingkan dengan statistik di negeri lain, namun kadar peningkatan itu adalah terlalu tinggi.
Beliau berkata, kerajaan bimbang mengenai rekod yang menunjukkan pembabitan belia dan generasi muda di negeri ini dalam penyalahgunaan dadah mencatatkan kadar tertinggi.
"Berdasarkan jumlah itu, golongan remaja dan belia yang berusia antara 13 hingga 39 tahun membabitkan seramai 543 orang manakala mereka yang berusia 40 tahun ke atas adalah seramai 174 orang.
"Peningkatan ini amat membimbangkan kerana belia adalah generasi yang disandarkan harapan untuk memimpin masyarakat dan membawa kejayaan kepada masa depan negeri dan negara," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, lonjakan statistik itu juga berkemungkinan disebabkan gerakan agresif AADK mengesan penagih baru.
Katanya, bagaimanapun situasi itu perlu diambil iktibar oleh semua pihak kerana kebanyakan mereka adalah dari kalangan Bumiputera yang bukan saja boleh menjejaskan masyarakat malah masa depan negara.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gemas, berharap kerjasama semua pihak terutama ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak mudah terjebak dalam gejala tidak sihat termasuk menagih dadah.
"Jika jumlah penagih dadah terus meningkat, matlamat kerajaan untuk mencapai sifar dadah menjelang 2015 tidak akan tercapai.
"Sehubungan itu, usaha semua pihak amat penting dalam menangani permasalahan ini kerana musuh nombor satu ini perlu dibanteras sepenuhnya demi memastikan agenda pembangunan untuk memartabatkan bangsa tidak terjejas," katanya.
No2umnO - Betul ke KONDOM diberikan kepada PENAGIH atau ada yang pakai sendiri? Aku dah mula tak sedap hati ni...... Cuba selongkar kereta Chua Soi Lek.
Artikel berkaitan
Mencari Damai Abadi: Kondom & Jarum Percuma
Malaysia Today: MT-Berita: Bantah dadah, jarum suntikan dan kondom ...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment